Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anggota polis Myanmar enggan ikut perintah tembak pembantah

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Beberapa anggota polis enggan menurut perintah supaya menembak penunjuk perasaan dan melarikan diri ke negara jiran India, menurut satu wawancara bersama seorang pegawai polis dan satu dokumen polis India yang dirahsiakan.



"Sedang gerakan bantahan awam mula dilakukan dan bantahan oleh penunjuk perasaan antikudeta mula dijalankan di beberapa tempat berbeza, kami diarahkan menembak para pembantah," kata empat anggota polis dalam satu kenyataan bersama kepada polis di bandar Mizoram, India.



"Dalam keadaan sedemikian, kami tidak sanggup menembak orang kami sendiri yang melakukan bantahan secara aman," kata mereka.



Amerika Syarikat dalam pada itu membantah keras tindakan tentera Myanmar menggunakan kekerasan melampau ke atas rakyatnya, dan terus menggesa rejim tentera itu jangan berbuat demikian, kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Ned Price, kelmarin.



Junta tentera Myanmar selama ini berkata kudeta yang dilakukan mereka Februari lalu adalah wajar.



Rampasan kuasa susulan pilihan raya umum pada November lalu itu dijalankan kerana ia dicemari dengan penipuan, ujar mereka.



Junta tentera menjanjikan satu pilihan raya umum baru tetapi belum menyatakan tarikh untuk melaksanakannya.



Sementara itu, Ahli Parlimen Myanmar yang digulingkan menyusuli rampasan kuasa itu bertindak melantik seorang naib presiden semalam.



Agensi berita Sputnik melaporkan bahawa penyandang, Encik Mahn Win Khaing Than, diberi tanggungjawab memikul tugas Presiden Win Myint, yang dikenakan tahanan dalam rumah oleh pihak tentera.



Tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa pada 1 Februari, beberapa jam sebelum Parlimen baru dijadualkan bersidang.



Sekumpulan Ahli Parlimen daripada parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) - parti pemerintah pimpinan Cik Aung San Suu Kyi, sebelum rampasan kuasa itu - kemudian membentuk sebuah jawatankuasa bagi menyokong gerakan penentangan awam terhadap junta.



"Berikutan kerajaan diterajui Presiden Win Myint dan pemimpin negara, Aung San Suu Kyi, diguling oleh tentera melalui rampasan kuasa, Mahn Win Khaing Than dilantik sebagai Naib Presiden untuk mengetuai kerajaan kesatuan dan mengatur aktivitinya," tulis jawatankuasa itu dalam Facebook.



Menurut kenyataan itu lagi, Naib Presiden baru itu akan menjalankan tugas Presiden ketika ketiadaan pemimpin itu.



Sementara itu, Myanmar terus bergolak dengan bantahan besar-besaran terhadap rampasan kuasa oleh tentera, dengan lebih 60 penunjuk perasaan dilaporkan maut setakat ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >