Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka kematian bertambah di Gaza dan Tebing Barat

May 15, 2021 | 12:46 PM



GAZA/JERUSALEM: Pesawat Israel memperbaharui serangan udara di Gaza pada awal Sabtu (15 Mei) dengan pejuang Hamas bertindak balas dengan melancarkan roket ke Israel dalam pertempuran memasuki malam kelima ketika diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Arab berusaha menghentikan keganasan.



Pegawai perubatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan udara di utara Gaza. Penduduk pula berkata, kapal tentera laut Israel melepaskan tembakan daripada Laut Mediteranean walaupun tidak mengena sasaran di Gaza.



Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin berkata, pesawat Israel menghancurkan sebuah masjid manakala jurucakap tentera berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan itu.



Tiada tanda akan berakhirnya pertempuran dengan korban jiwa semakin meningkat, di mana penduduk Palestin melaporkan 11 orang terbunuh di Tebing Barat dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan Israel.



Pegawai perubatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 132 orang terbunuh di Gaza sejak Isnin (10 Mei) lalu termasuk 32 kanak-kanak dan 21 wanita, manakala 950 yang lain cedera.



Hamas berkata, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki adalah antara empat orang yang terbunuh dalam serangan udara Israel yang terkena rumah milik keluarga Abu Hattab di kem pelarian Pantai Gaza City.



Tentera Israel tidak memberikan sebarang komen terhadap kenyataan itu.



Menjelang sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad (16 Mei) bagi membincangkan situasi itu yang akan dihadiri wakil pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden iaitu Timbalan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Israel dan Palestin, Encik Hady Amr.



Israel melancarkan serangan sepanjang hari pada Jumaat bagi memusnahkan apa yang dikatakannya adalah terowong sejauh beberapa kilometer, lokasi pelancaran dan gudang senjata yang digunakan oleh pejuang dalam usaha menghentikan serangan roket.



Mesir memimpin usaha serantau untuk gencatan senjata.



Sumber keselamatan Mesir berkata, Kahirah mendorong kedua-dua belah pihak untuk menghentikan serangan mulai tengah malam Jumaat sementara menunggu rundingan lanjut.



Mesir bersandar pada Hamas dan yang lain manakala Amerika Syarikat berusaha mencapai kesepakatan dengan Israel.



Kementerian Luar Mesir berkata, Menteri luar Mesir dan Jordan membincangkan usaha untuk mengakhiri konfrontasi Gaza dan mencegah provokasi di Baitulmaqdis.



"Rundingan mengambil jalan yang nyata dan serius pada hari Jumaat," kata seorang pegawai Palestin.



"Orang tengah dari Mesir, Qatar dan PBB meningkatkan hubungan mereka dengan semua pihak dalam usaha untuk memulihkan keadaan, tetapi belum mencapai kata sepakat," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >