Angka korban gempa di Sulawesi meningkat
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh setelah gempa bumi melanda wilayah Sulawesi Barat di Indonesia Jumaat lalu, (15 Jan), kata Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Ahad (17 Jan).
Lebih 820 orang cedera dan kira-kira 15,000 meninggalkan kediaman mereka setelah berlaku gempa dengan kekuatan 6.2, tambah BNPB. Ada yang berlindung di kawasan pergunungan, sementara yang lain pergi ke pusat pemindahan yang sempit, kata saksi.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia menyatakan satu lagi gempa di kawasan itu berpotensi mencetuskan tsunami.
Penyelamat menghabiskan berhari-hari untuk menarik mayat dari bawah bangunan yang runtuh di Mamuju, sebuah kota dengan penduduk 110,000 orang di wilayah Sulawesi Barat, dengan sebuah hospital diratakan oleh gempa itu, selain sebuah pusat membeli-belah juga roboh.
Sebilangan penduduk terbunuh di selatan bandar itu. - Reuters, AFP.

