Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban konflik Israel-Gaza meningkat

May 20, 2021 | 05:30 AM



GAZA: Angka korban akibat serangan udara dan bedilan roket dalam konflik Israel-Gaza meningkat di kedua-dua pihak ketika ketegangan berlaku di Palestin susulan gerakan protes di Baitulmakdis dan Tebing Barat.



Ketika gesaan gencatan senjata diperhebat, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pula bertekad akan terus menyerang 'jika diperlukan', sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) berakhir tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan, kelmarin.



Puluhan mangsa dirawat di hospital akibat pertempuran antara rejim zionis dan penunjuk perasaan di beberapa kawasan di Tebing Barat dan timur Baitulmakdis.



Pakar perubatan berkata, puluhan mangsa dirawat kerana luka akibat ditembak peluru hidup.



Kementerian Kesihatan Gaza berkata, seramai 217 rakyat Palestin maut, termasuk 63 kanak-kanak manakala lebih 1,400 cedera susulan pengeboman hampir tanpa henti Israel di kawasan ditadbir Hamas dalam tempoh seminggu.



Polis berkata, angka kematian di pihak Israel meningkat kepada 12 orang susulan bedilan roket Hamas ke wilayah selatan Eshkol, membunuh dua pekerja kilang warga Thailand dan mencederakan beberapa yang lain.



Penduduk di Bandar Gaza, Encik Nazmi al-Dahdouh, 70 tahun, mengakui masih terkejut akibat 'serangan ganas dan ngeri' yang meranapkan rumahnya, selain mempersoal tujuan kediamannya menjadi sasaran rejim zionis.



Krisis kemanusiaan semakin meluas di wilayah miskin, lokasi Hamas melancarkan hampir 3,500 roket ke Israel, menyebabkan penduduk berhampiran Gaza sering terpaksa ke tempat perlindungan sejak 10 Mei lalu.



Konvoi trak bantuan antarabangsa yang mula tiba ke Gaza melalui sempadan Israel, Kerem Shalom, bagaimanapun dihalang rejim zionis dengan alasan ancaman serangan mortar di kawasan itu.



Sejak konflik memuncak, Amerika Syarikat semalam memanggil sesi keempat UNSC bersidang, sehari selepas negara itu menangguhkan resolusi berkaitan konflik Israel-Palestin. Bagaimanapun, sesi berkenaan turut gagal mencapai kata sepakat.



Pada 17 Mei lalu, Presiden Joe Biden menggesa Encik Netanyahu, berhenti berbalas serangan dengan Palestin dan mendesak gencatan senjata segera dilakukan.



Rumah Putih berkata, Encik Biden dalam panggilan telefon kepada Encik Netanyahu, menyatakan sokongan bagi gencatan senjata dan membincangkan pembabitan Amerika, Mesir dan sekutu lain.



Encik Biden setakat ini menolak untuk bergabung dengan pemimpin dunia lain, selain ramai ahli parti Demokrat menggesa supaya gencatan senjata segera dilakukan di Israel.



Rumah Putih dalam kenyataannya berkata, Encik Biden mengulangi pesanannya berhubung 'sokongan tegas terhadap hak Israel mempertahankan diri daripada serangan roket sembarangan', selain 'menyokong semua usaha dilakukan Israel bagi memastikan orang awam dilindungi'.



Dalam pada itu, penduduk bandar raya New York berhimpun di jalan raya sekitar pusat bandar Manhattan sebagai membantah serangan udara Israel di Gaza, lapor agensi berita Sputnik.



Ratusan penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memakai selempang 'keffiyeh, berhimpun di hadapan Konsulat Jeneral Israel di New York kelmarin.



"Dari sungai ke laut - Palestin akan bebas," teriak seorang ketua penunjuk perasaan. Mereka membawa bersama pelbagai jenis sepanduk antaranya 'Berhenti bom kanak-kanak tidak bersalah', 'Bebaskan Palestin', 'Palestine will never die', 'Tamatkan semua bantuan AS kepada Israel'.



Turut kelihatan ramai anggota polis di sekitar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang terletak tidak jauh dari lokasi tunjuk perasaan.



Seorang pengawal keselamatan berkata, kawalan diperketat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan penunjuk perasaan akan menyerbu bangunan PBB. - BHM, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >