Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban meningkat, struktur rekaan asal dikatakan punca roboh

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



FLORIDA: Susulan kejadian runtuhan kondominium 12 tingkat dekat pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat, satu laporan mendedahkan, terdapat kesilapan besar dalam struktur reka bentuk asal bangunan berkenaan.



Antara lain, laporan pada 2018 oleh perunding kejuruteraan bangunan mendedahkan, kesilapan itu menghalang aliran air keluar daripada tapak Menara Champlain Selatan itu.



Laporan tersebut dikeluarkan pada kelmarin dan boleh dibaca oleh orang awam.



Seorang jurutera, Frank Morabito berkata, ketiadaan sistem pengairan yang baik boleh dianggap isu yang sistematik. Ini katanya, lahir daripada kegagalan pihak pemaju mengenal pasti perkara berkenaan dalam kontrak asal.



Sebahagian bangunan kondominium itu runtuh pada Khamis waktu tempatan, ketika penghuninya sedang nyenyak tidur.



Sehingga kini, masih terdapat kira-kira 159 mangsa yang terperangkap dan belum dikeluarkan, kata Datuk Bandar Miami Daniella Levine Cava.



Pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kondominium berkenaan bagi mencari mangsa yang mungkin masih hidup.



Bagaimanapun, usaha menyelamat pada kelmarin diganggu masalah kebakaran di bangunan tersebut dan menyukarkan pasukan mendekati lokasi kejadian.



Kira-kira 130 anggota bomba dikerahkan bertugas dan mereka bertungkus-lumus bekerja 24 jam sepanjang operasi



Krew penyelamat menggunakan bantuan anjing dan mikrofon untuk mencari mangsa.



.Jumlah korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada lima orang ketika pasukan kecemasan terus berharap dapat menemukan lebih banyak mangsa terselamat.



Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava memberitahu, mayat mangsa kelima itu ditemukan di bawah runtuhan.



"Tiga identiti mangsa yang maut sudah dikenal pasti oleh keluarga mereka dan jumlah mangsa hilang kini menurun kepada 156 orang dan lima kematian disahkan," katanya.



Bangunan tersebut pada asalnya mempunyai 136 unit kediaman dan insiden pada Khamis menyebabkan sebanyak 55 unit di bahagian timur laut bangunan tersebut runtuh.



Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) disifatkan berjalan terlalu perlahan biarpun insiden sudah berlaku lebih dua hari.



Pasukan keselamatan sebelum ini berdepan kesukaran untuk melakukan SAR susulan kebakaran yang berlaku serta asap tebal menyelubungi lokasi kejadian.



Datuk Bandar Surfside, Charles Burkett berkata, pasukan keselamatan tidak mempunyai masalah sumber dan menyifatkan mereka belum 'bernasib baik' untuk menemukan lebih ramai mangsa.



"Kami akan terus berusaha mencari dan menyelamat mangsa dari runtuhan bangunan ini," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >