Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angkasawan pernah berada paling lama di angkasa lepas meninggal

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Seorang ahli fizik dan angkasawan yang memegang rekod dunia kerana berada paling lama di angkasa lepas selama 437 hari, Dr Valery Polyakov (gambar atas), telah meninggal dunia pada usia 80 tahun.



Agensi angkasa lepas Russia mengumumkan kematiannya tanpa memberikan perincian bila atau di mana ia berlaku, atau sebab kematiannya.



Dr Polyakov berlepas dari stesen angkasa lepas, Mir, pada 8 Januari 1994 dan kembali ke bumi 437 hari, 17 jam dan 38 minit kemudian, pada 22 Mac 1995.



Beliau telah mengelilingi bumi sebanyak 7,075 kali dan berjalan hampir 187 juta batu, menurut Muzium Sejarah Angkasa Lepas New Mexico.



Seorang pakar dalam perubatan angkasa, beliau menjadi sukarelawan untuk misi itu bagi membuktikan bahawa badan manusia boleh hidup dalam keadaan mikrograviti yang cukup panjang di planet Marikh.



Beliau dilaporkan bekerja semasa berada di angkasa lepas dan kembali ke bumi dalam keadaan lebih "besar dan bertenaga" - "seolah-olah beliau boleh bergusti dengan seorang beruang", menurut laporan majalah Wired pada 2010 yang menukil angkasawan Amerika Syarikat, Norman Thagard. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >