Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka jam 1 pagi

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri, lewat malam tadi.



Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Beliau dikatakan tergesa-gesa mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri (KM) kira-kira jam 1 pagi semalam.



Dalam kiriman di Facebook beliau berkata:



"Pencapaian terbaik Barisan Nasional dengan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi DUN adalah cerminan rakyat untuk memiliki sebuah kerajaan yang stabil, demi kemakmuran ekonomi Negeri Melaka."



Selepas 12 hari berkempen, rakyat Melaka bersuara dan akhirnya BN kembali berkuasa, kali ini menerusi peti undi dengan majoriti dua pertiga.



Perikatan Nasional (PN) seperti yang dijangkakan ramai pemerhati, tewas di hampir semua kerusi manakala kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH), yang tidak sampai tiga tahun lepas mengambil alih pentadbiran negeri selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) juga tidak diduga.



Menerajui kempen BN di Melaka adalah Timbalan Pengerusi BN Datuk Mohamad Hasan, dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Semasa berkempen, Datuk Seri Najib berkempen di kampung-kampung. Serangan terhadapnya berhubung permohonannya untuk mendapatkan harta RM100 juta ($32 juta) yang layak dimiliki bekas PM, gagal mempengaruhi pengundi.



Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kemenangan BN di Melaka sebagai kejayaan pentadbiran Keluarga Malaysia.



LAPORAN SELANJUTNYA: Kemenangan besar BN bukti pengaruh Najib masih kuat?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >