Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).



Berita mengejutkan itu disahkan beliau dengan mengongsi kenyataan ringkas menerusi khidmat pesanan WhatsApp yang disampaikan kepada Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.



Menteri Wilayah Persekutuan itu mendedahkan beliau mendapat tahu tentang pemecatan tersebut setelah dimaklumkan kepada pihak media.



"Saya diberitahu oleh media saya dipecat sebagai SUA (Setiausaha Agung) BN dan SUA MN (Setiausaha Agung Muafakat Nasional)," katanya.



Dalam kenyataannya itu, Tan Sri Annuar, 65 tahun, mengucapkan "ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini".



Malah, dalam kenyataan tersebut, Tan Sri Annuar turut mengucapkan "selamat maju jaya" kepada Presiden Umno itu.



Media Malaysia melaporkan keputusan pemecatan dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid dalam satu mesyuarat di ibu pejabat Umno, semalam.



Datuk Ahmad Maslan, yang merupakan Setiausaha Agung Umno, akan mengambil alih tugas Tan Sri Annuar.



Tan Sri Annuar sebelum ini dikritik hebat akar umbi Umno yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam BN, di mana parti pimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bukan salah satu parti dalam perikatan tersebut.



"Ramai yang minta komen... saya tiada apa komen buat masa ini... tempoh bertenang," kata Tan Sri Annuar dalam kenyataan ringkas di saluran Twitter beliau.



Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Setiausaha Agung BN bagi menggantikan penyandang, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada pertengahan Mac tahun lalu.



Ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata pelantikan bekas Setiausaha Agung Umno itu dilakukan menerusi rombakan struktur kepemimpinan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.



Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad Zahid semalam juga mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua Umno bahagian bagi mendapatkan penjelasan berhubung usul Umno bahagian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.



Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kepada media bahawa langkah ini dijadikan alternatif kepada konvensyen parti.



"Pertemuan ini adalah amalan lazim untuk kepimpinan tertinggi mendengar dan memperhalusi suara akar umbi sebelum sebarang usul dibawa secara rasmi ke Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Perhimpunan Agung Umno untuk dibahas dan diputuskan," katanya.



Langkah Umno memperkukuh kedudukannya jelas setelah seramai 12 Ketua Umno Bahagian negeri Kelantan menghormati keputusan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hasil lantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Dalam kenyataan bersama semalam, mereka menyatakan "keputusan yang dibuat oleh beliau adalah satu keputusan yang berprinsip dan tidak mementingkan diri demi mempertahankan maruah parti.



"Pendirian yang dinyatakan oleh beliau amat jelas membuktikan bahawa ahli parti jangan takut kehilangan jawatan demi mempertahankan parti," menurut kenyataan mereka.



Malah, para pemimpin bahagian menerusi kenyataan yang turut ditandatangani Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah, menyatakan langkah ini adalah satu peringatan kepada parti Bersatu "supaya jangan memperkecilkan dan membuli Umno seolah-olah parti ini tiada maruah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >