Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar angkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Port Dickson

Oct 15, 2018 | 12:20 PM
SAH JADI ANGGOTA PARLIMEN: Datuk Seri Anwar mengangkat sumpah menjadi Anggota Parlimen semasa satu upacara pagi tadi.
SAH JADI ANGGOTA PARLIMEN: Datuk Seri Anwar mengangkat sumpah menjadi Anggota Parlimen semasa satu upacara pagi tadi. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson selepas mengangkat sumpah dalam satu upacara hari ini (15 Oktober).

Upacara itu diadakan dua hari selepas beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson kelmarin dengan meraih 72 peratus undi.

Datuk Seri Anwar, 71 tahun, layak bertanding dalam pilihan raya kecil itu selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Mei lalu.

Beliau sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Encik Mohd Saiful Bukhari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg