Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar bakal sampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York

Sep 19, 2023 | 01:34 PM



NEW YORK: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual menyampaikan khutbah solat Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) Jumaat ini.


Beliau pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di masjid ICCNY yang bersejarah itu. Ia masjid pertama di kota New York, yang turut menempatkan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dibuka pada 25 September 1995 .

Jemputan menyampaikan khutbah itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di sidang media bersama wartawan Malaysia di Pejabat Wakil Tetap Malaysia pada Isnin, lapor Berita Harian Malaysia.


ICCNY sebuah pertubuhan agama dan budaya Islam yang ditubuhkan pada awal 1960-an. Rancangan asal pusat itu ialah menjadi institusi Muslim merangkumi masjid, sekolah, perpustakaan, dewan ceramah, muzium, dan rumah imam.

Matlamatnya ialah berkhidmat kepada Muslim di Manhattan khususnya dan keseluruhan masyarakat Muslim Amerika secara umum.

Ini termasuk memenuhi keperluan keagamaan mereka, menyediakan tempat ibadah, kelas pengetahuan agama, dan mencerahkan pendapat awam Amerika Syarikat terhadap Islam dan Muslim dengan meningkatkan pengetahuan sebenar tentang agama itu.

Datuk Anwar akan berada di New York pada 20 hingga 23 September bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB ke-78, kali pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Zambry berkata Datuk Anwar akan berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim dan mengambil tindakan ke arah mencapai Agenda 2030. Beliau juga akan memberi pandangan mengenai pelbagai isu global dan peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat antarabangsa dalam mengatasi pelbagai cabaran bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >