Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar bentang Belanjawan fokus pada ekonomi, kos sara hidup

Feb 24, 2023 | 08:20 PM



BELANJAWAN 2023 Malaysia memperuntukkan sejumlah RM386.14 bilion ($117.09 bilion), dengan anggaran perbelanjaan mengurus RM288.8 bilion, dan RM97.3 bilion untuk pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.


Belanjawan yang disemak semula ini adalah RM13.8 bilion lebih tinggi daripada belanjawan RM372.3 bilion yang dibentangkan pentadbiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membentangkan Belanjawan bertemakan Membangun Malaysia Madani, berkata selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan, berbanding RM71.6 bilion tahun sebelumnya.


Jumlah yang diperuntukkan untuk pembangunan juga lebih besar kira-kira satu bilion ringgit, berjumlah RM96.5 bilion atau satu perempat daripada jumlah bajet. 


Ini menjadikan perbelanjaan pembangunan terbesar Malaysia setakat ini.


Datuk Anwar telah pun membentangkan sebahagian bajet untuk menampung sehingga RM107 bilion dalam perbelanjaan mengurus untuk tahun ini semasa sidang khas yang diadakan pada Disember 2022.


Tambahan RM57 bilion turut diluluskan di bawah dana pembangunan. 


Datuk Anwar berkata peningkatan itu untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, membaik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.


“Belanjawan ini cerminan prinsip bertanggung jawab dan sistem nilai yang luhur yang mampu mendepani tentangan semasa.


“Ini termasuk tantangan (imbangan) ekonomi global yang tidak menentu,” katanya semasa membentangkan belanjawan sulungnya di Parlimen pada Jumaat.


Belanjawan 2023 menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.


Dalam pada itu, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, selepas mengambil kira usaha untuk melaksana pembaharuan dan reformasi pentadbiran, pertumbuhan ekonomi negara diyakini melepasi unjuran itu.



Perdana Menteri yakin negara akan melepasi unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5 peratus.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >