Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar bentang Belanjawan RM388b fokus pada ekonomi, kos sara hidup

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



BELANJAWAN 2023 Malaysia memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.



Belanjawan yang disemak semula ini adalah RM13.8 bilion lebih tinggi daripada belanjawan RM372.3 bilion yang dibentangkan pentadbiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membentangkan Belanjawan bertemakan Membangun Malaysia Madani, berkata selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan, berbanding RM71.6 bilion tahun sebelumnya.



Jumlah yang diperuntukkan untuk pembangunan juga lebih besar kira-kira satu bilion ringgit, berjumlah RM96.5 bilion atau satu perempat daripada jumlah bajet.



Ini menjadikan perbelanjaan pembangunan terbesar Malaysia setakat ini.



Datuk Anwar telah pun membentangkan sebahagian bajet untuk menampung sehingga RM107 bilion dalam perbelanjaan mengurus untuk tahun ini semasa sidang khas yang diadakan pada Disember 2022.



Tambahan RM57 bilion turut diluluskan di bawah dana pembangunan.



Datuk Anwar berkata peningkatan itu untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, membaik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.



"Belanjawan ini cerminan prinsip bertanggung jawab dan sistem nilai yang luhur yang mampu mendepani tentangan semasa.



"Ini termasuk tantangan (imbangan) ekonomi global yang tidak menentu," katanya semasa membentangkan belanjawan sulungnya di Parlimen pada Jumaat.



Belanjawan 2023 menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.



Dalam pada itu, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, selepas mengambil kira usaha untuk melaksana pembaharuan dan reformasi pentadbiran, pertumbuhan ekonomi negara diyakini melepasi unjuran itu.



Perdana Menteri yakin negara akan melepasi unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5 peratus.



Cukai Barangan Mewah diperkenal 2023



Selepas 26 tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali lagi ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2023 di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya.



Kemunculan semula Datuk Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawan pertama Kerajaan Perpaduan selepas Kabinet dibentuk pada 2 Disember 2022 dinanti-nantikan selepas kali terakhir beliau memegang portfolio itu pada tahun 1998.



Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat, beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat, mempertahankan integriti, memupuk masyarakat penyayang serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam dan swasta.



Komitmen itu katanya boleh dicapai melalui pendekatan sistematik yang menumpukan kepada aspek pemikiran, kerohanian dan infrastruktur dengan berpaksikan kerangka Malaysia Madani yang memfokuskan pembentukan masa depan dan merealisasikan potensi negara.



Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan diperkenalkan semula, sebaliknya kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.



Menurut Datuk Anwar, dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan melebihi lima peratus dan kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dan melaksanakan GST.



"Oleh itu, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah (seperti), jam tangan mewah, barang fesyen mewah dan segala-gala mewah itu harus dicukai sepatutnya," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen.



Menurutnya, Belanjawan 2023 akan memberikan tumpuan terutamanya kepada langkah-langkah menangani peningkatan kos sara hidup, memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan meningkatkan ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).



Datuk Anwar berkata, matlamat utama adalah untuk memastikan pengagihan kekayaan dan pembangunan wilayah yang saksama dan mampan.



Beliau berkata seiring dengan peralihan kepada fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa, negara menyaksikan peningkatan jumlah ketibaan pelancong, aktiviti perdagangan dan perniagaan yang menyumbang ke arah pemulihan yang stabil, khususnya dalam sektor perkhidmatan.



Beliau menerangkan, oleh kerana 2023 dijangka menjadi tahun yang mencabar, kerajaan akan terus peka terhadap sebarang cabaran ekonomi dan ketegangan geopolitik yang mendatang seterusnya akan merangka strategi dan tindakan yang bersesuaian.




INTI PATI BELANJAWAN 2023



+ Perkenalkan Cukai Barangan Mewah tahun 2023 dengan had nilai tertentu ikut jenis barangan mewah.



+ Kenakan duti eksais produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang diguna untuk rokok elektronik dan 'vape'.



+ Sediakan RM50 juta bagi bina baru dan naik taraf 3,000 gerai dan kios sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.



+ Enam projek tebatan banjir termasuk di Johor, Selangor dan Kelantan akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya Jun 2023.



+ Persiapan mendepani ancaman bencana: RM170 juta kepada agensi berkaitan dan di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti.



Sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pembaikan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif.



+ Sebanyak RM2.7 bilion diperuntuk bagi selenggara dan naik taraf jalan persekutuan.



+ Sejumlah RM1.5 bilion disedia bagi naik taraf dan bina baru jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.



+ Sejumlah RM10 juta disedia bagi geran pengoperasian untuk perkukuh peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >