Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar beri amaran terakhir agar usah main isu agama, raja, kaum

Jul 12, 2023 | 02:09 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi amaran terakhir kepada semua pihak, termasuk pemimpin politik tanpa mengira pangkat dan kedudukan, supaya berhenti memainkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), semata-mata untuk mengekalkan dan meraih kuasa.


Beliau berkata pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau semua isu berkaitan 3R yang dibangkitkan, dan akan mengambil tindakan jika didapati menimbulkan huru-hara dan mengorbankan kepentingan rakyat pelbagai kaum serta agama di negara ini.

“Jadi setakat ini, cukup mesej ini. Ini maknanya amaran terakhir daripada kerajaan. Saya selaku perdana menteri tidak ada pilihan lain kerana desakan untuk pertahankan keselamatan negara.

“Ini mengatasi kepentingan kerana orang tertentu merasakan kedudukan mereka terlalu tinggi dan hebat. Tidak mungkin terdakwa atau tercabar. Kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan, pangkat, keturunan atau kekayaan. Kalau begini pandangan, ia merosakkan.

“Saya anggap keadaan ini sudah sampai agak serius kerana sudah puluhan tahun, kita belum nampak dan lihat kenyataan yang melampau dan dibiarkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, di Menara Dato Onn, pada Selasa malam.

Datuk Anwar berkata isu 3R yang dibangkitkan bukan saja mendapat perhatian kerajaan dan parti politik, malah dalam perbincangan Majlis Raja-Raja.

“Jika pelampau itu orang Melayu atau berpangkat tinggi sekali pun atau dalam bahasa Cina atau Tamil, itu bukan persoalannya.

“Dalam perbincangan Majlis Raja-Raja menggesa supaya negara ini diselamatkan daripada kelompok yang sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat dan menimbulkan huru-hara serta perpecahan.

“Negara tidak boleh dibiarkan dengan unsur-unsur kecil ini, yang sangat terdesak untuk membuat apa saja, hanya untuk mempertahankan kuasa atau mencari pengaruh baharu,” kata beliau dipetik akhbar Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >