Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar dapat injunksi halang Sanusi kaitkannya dengan perlakuan tak bermoral

Jul 31, 2023 | 07:03 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mendapatkan injunksi sementara terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bagi menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral.


Peguamnya Sankara Nair, mengesahkan bahawa Mahkamah Sivil membenarkan permohonan ex parte berhubung saman fitnah Datuk Anwar terhadap Datuk Sanusi.


Datuk Anwar menyaman Datuk Sanusi berhubung ucapannya semasa kempen pilihan raya umum ke-15 di Tambun pada November 2022, yang menyebut plaintif sebagai “tiada akhlak”.

Encik Nair berkata bahawa perintah yang dikeluarkan pada Isnin adalah sementara menunggu pelupusan kes sivil utama.

Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib, memerintahkan Datuk Sanusi supaya tidak lagi mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan berkaitan dengan saman fitnah yang difailkan Datuk Anwar.

Hakim juga memerintahkan Datuk Sanusi supaya mematuhi perintah injunksi itu dengan serta-merta selepas perintah berkenaan disampaikan kepadanya.

Dalam pernyataan pembelaannya pada Mac lalu, Datuk Sanusi mendakwa ucapannya semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu adalah berdasarkan rekod awam mengenai kes liwat Datuk Anwar dan perkara lain yang berkaitan moral.

Datuk Sanusi berkata bahawa beliau bersedia untuk membuktikan di mahkamah kandungan ucapan yang dibuatnya sambil merujuk kepada kenyataan Mahkamah Persekutuan 2004.

Menurut dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 13 Februari lalu, beliau menegaskan bahawa pembelaannya itu membabitkan justifikasi, keistimewaan yang layak dan ulasan yang adil.

Justifikasi adalah pembelaan bahawa kenyataan atau dakwaan yang dibuat berdasarkan fakta, dan jika terbukti di mahkamah, ia akan menjadi pembelaan mutlak terhadap tindakan fitnah yang dikenakan.

Keistimewaan yang layak ialah pembelaan yang terpakai dalam situasi apabila seseorang itu mempunyai kepentingan, kewajiban undang-undang, tanggungjawab moral atau sosial untuk mengeluarkan sesuatu perkataan.

Ulasan yang adil pula ialah kenyataan yang disangkal itu dibuat sebagai ulasan yang adil, bukannya kenyataan fakta mengenai isu kepentingan awam.

Sebelum ini, Datuk Anwar mengemukakan tindakan sivil ekoran atas ucapan Datuk Sanusi di kawasan parlimen Tambun pada 13 November tahun lalu ketika beliau berkempen untuk menyokong Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, di situ.

Dalam kenyataan pembelaannya itu, Datuk Sanusi juga mendakwa bahawa antara fakta yang diketahui umum ialah Datuk Anwar dipecat daripada Kabinet oleh Dr Mahathir Mohamad pada 1998 kerana isu moral.

Media memetik kenyataan Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamed di Mahkamah Persekutuan pada 2004 sebagai menyatakan “terdapat bukti” untuk mengesahkan Datuk Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan panel hakim cenderung untuk mempercayai insiden didakwa berlaku di Tivoli Villa “memang kadang-kadang berlaku”.

Bagaimanapun, Hakim Abdul Hamid berkata mahkamah hanya boleh membuat sabitan jika pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan didakwa itu melampaui keraguan munasabah.

Datuk Anwar sebelum ini mengemukakan permohonan undang-undang untuk meminta mahkamah tertinggi menghapuskan kenyataan itu namun ditolak. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >