Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnwar dijadual mengadap Agong M'sia 13 Okt
Anwar dijadual mengadap Agong M'sia 13 Okt
KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 13 Oktober ini.
Dalam satu kenyataan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata pihaknya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan, seperti mana ketika sidang medianya pada 23 September lalu.
Tambah Datuk Seri Anwar, beliau bersyukur kerana Yang di-Pertuan Agong Malaysia diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini, lapor Harian Metro.
"Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada Selasa, 13 Oktober 2020, InsyaAllah," katanya dalam kenyataan itu.
Dalam satu sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur 23 September lalu, beliau mendedahkan bahawa beliau mempunyai sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu. - HARIAN METRO