Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar dilantik PM M'sia ke-10

* Keputusan dibuat Agong susuli mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu *Pelantikan akhiri kebuntuan namakan PM baru sejak pilihan raya Sabtu lalu
Nov 25, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas upacara mengangkat sumpah di Istana Negara petang semalam.



Pelantikan itu menamatkan kebuntuan pembentukan kerajaan baru lima hari selepas Pilihan Raya Malaysia ke-15 (PRU15), dan sekali gus mengakhiri penantian Datuk Anwar selama 24 tahun untuk menjadi Perdana Menteri.



Satu kenyataan Istana semalam menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, membuat keputusan itu selepas mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu.



"Setelah memperhalusi pandangan raja-raja Melayu, Seri Paduka telah memberi perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan itu.



Di majlis angkat sumpah semalam, Datuk Anwar, 75 tahun, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan, diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.



Dalam satu kiriman Twitter, Datuk Anwar berjanji akan menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai Perdana Menteri ke-10 dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab.



"Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab. Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan," kata beliau.



PRU15 memperlihatkan persaingan sengit dan berakhir dengan Parlimen tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.



Pakatan Harapan (PH) menang 82 kerusi sementara Perikatan Nasional (PN) meraih 73 kerusi - kededua tidak cukup mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.



Kedua-dua blok memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk Barisan Nasional (BN) yang menang 30 kerusi, bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Percaturan politik berlaku tetapi tiada kata sepakat ditemui.



Yang di-Pertuan Agong kemudian bertemu dengan dua pemimpin tertinggi PH dan PN dan menyarankan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Datuk Anwar menyetujuinya sementara Tan Sri Muhyiddin Yasin menolaknya.



Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong juga bertemu dengan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu semalam berhubung isu pelantikan PM.



Keputusan akhirnya dibuat untuk melantik Datuk Anwar sebagai PM Malaysia ke-10.



Datuk Anwar - yang pernah menjadi pemimpin Presiden Kesatuan Pelajar Islam Malaysia, pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) - memulakan kerjaya politik dengan menyertai Umno pada 1981.



Sepanjang bersama Umno, komponen utama BN, beliau pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Menteri Pertanian; Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.



Datuk Anwar, yang juga Timbalan Presiden Umno ketika itu, disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri. Namun, beliau dipecat pada 1998 atas tuduhan rasuah dan liwat. Pemecatannya mencetus gerakan reformasi.



Beliau kemudian menjalani hukuman penjara. Dalam pada itu, Parti Keadilan Nasional dibentuk, diterajui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah, dan kemudian bertukar nama menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen utama PH.



Selepas dibebaskan, Datuk Anwar berusaha membersihkan namanya. Pada 2008, beliau kembali ke Parlimen selepas memenangi kerusi Permatang Pauh dan dipilih menjadi Ketua Pembangkang tetapi hilang kerusi kerana hukuman penjara.



Beliau kemudian memimpin PH, bersama pemimpin parti komponen Bersatu, termasuk Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam PRU14 pada Mei 2018.



PH mencipta sejarah menumbangkan BN.



Untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri, Datuk Anwar bertanding dan menang kerusi Parlimen Port Dickson pada Oktober 2018.



Namun, harapan menjadi PM kelapan Malaysia terkulai apabila Bersatu bersama sekumpulan ahli Parlimen PKR keluar PH.



Dr Mahathir terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri dan diganti oleh Tan Sri Muhyiddin.



Ekoran percaturan politik, Tan Sri Muhyiddin kehilangan kuasa dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada BN mengambil alih sebagai Perdana Menteri kesembilan.



Datuk Ismail Sabri membubarkan parlimen pada 10 Oktober lalu, memberi laluan bagi PRU15 ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >