Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar diminta tidak endah kritikan Dr Mahathir terhadapnya

Dec 27, 2022 | 03:49 PM



PETALING JAYA: Ahli politik, penganalisis serta netizen menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengendahkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak yakin dengan kemampuan Datuk Seri Anwar untuk memimpin.


Sebaliknya mereka menganggap Datuk Seri Anwar dikenali sebagai pemimpin berprestasi tinggi yang pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia sehingga Malaysia mengalami lebihan bajet iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara.


Dalam surat kepada Malaysiakini, pembaca portal tersebut yang menamakan dirinya sebagai Encik P Ramakrishnan berkata:

“Untuk kebaikannya sendiri, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sepatutnya lenyap dari politik Malaysia. 


“Semakin banyak dia mengulas tentang politik, semakin dia meninggalkan kita tanpa keraguan bahawa dia telah menjadi tidak relevan dengan hal ehwal negara Malaysia.


“Siapa yang benar-benar peduli sama ada beliau mempunyai sebarang keyakinan terhadap Anwar? Perdana menteri tidak dipilih atas dasar keyakinan Mahathir. Dia dipilih atas meritnya sendiri dan disahkan oleh Parlimen.”


Beliau memberi respons sedemikian sebagai mengulas  kenyataan Tun Dr Mahatir dalam temuramah dengan Berita Harian Malaysia yang khuatir dengan kemampuan Datuk Anwar menghasilkan strategi dan kaedah terbaik untuk keluar daripada krisis ekonomi.


Dalam surat kepada Free Malaysia Today (FMT) pula, pembaca yang menamakan dirinya sebagai Encik Amar Ramachandran pula mahu pembohongan Dr Mahathir perlu ditolak.

Bagi beliau,  Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar perkauman, nepotisme dan autoritarianisme.


Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nazri Aziz, pula berkata, pendapat Dr Mahathir “tidak penting”, berdasarkan prestasinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Dr Mahathir kalah di Langkawi dan turut kehilangan deposit – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >