Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnwar gagal 'padam' kenyataan homoseksual
Premium
Anwar gagal 'padam' kenyataan homoseksual
Anwar gagal 'padam' kenyataan homoseksual

-
Mar 28, 2014 | 6:00 AM
PUTRAJAYA: Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah gagal dalam percubaannya untuk menghapuskan kenyataan dalam satu keputusan Mahkamah Persekutuan 10 tahun lalu yang mengatakan bahawa beliau memiliki kecenderungan homoseksual.
Laman The Star Online semalam melaporkan satu panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Malaya, Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin, kelmarin sebulat suara menolak permohonan penilaian semula Datuk Seri Anwar untuk menggugurkan kenyataan itu daripada pengadilan majoriti yang disampaikan pada 2 September 2004 oleh hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Hakim Abdul Hamid Mohamad.
