Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar gesa tangani hutang M'sia kini cecah RM1.2 trilion

Gesa usahakan penjimatan, elak 'kebocoran' dalam sistem perolehan kerajaan
Jan 18, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Hutang Malaysia kini sudah mencecah hampir RM1.2 trilion ($370 bilion) dan usaha menanganinya wajar disegerakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Kedudukan hutang negara terkini itu menurut beliau sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).



Ia turut memberi kesan apabila Belanjawan Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada GDP bagi 2022.



"Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion," katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, semalam.



Datuk Anwar berkata ketika ini kemerosotan ekonomi masih belum reda manakala keadaannya masih malap yang turut terkesan dengan perkembangan antarabangsa global, perang Ukraine-Russia serta pascaCovid-19.



"Kalau ikut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri pun, ia (ekonomi) terus menurun.



"Cabaran kita... masalah-masalahnya ialah hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trilion. Ini kenyataan kerana ada pertikai, kenyataan berubah-ubah.



"Kalau termasuk liabiliti, ia sudah RM1.5 trilion," terangnya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Berikutan itu, beliau berkata, semua pihak termasuk kepimpinan dan wakil kementerian harus menerima kenyataan itu, bahawa ia bukan lagi urusan biasa selain mereka tidak seharusnya terus selesa.



Pada masa sama, Datuk Anwar berkata negara boleh melakukan penjimatan hingga RM10 bilion daripada 'kebocoran' yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan.



Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata 'kebocoran' boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat termasuk mengubah cara lama iaitu tanpa campur tangan politik atau kepentingan peniaga besar dalam perolehan kerajaan.



"Kita mengalami kebocoran yang tinggi. Belum dua bulan (saya) di Kementerian Kewangan sudah kenal pasti RM3 bilion hingga RM4 bilion yang boleh diselamatkan," katanya dalam majlis itu.



Turut hadir ialah dua Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Ahmad Maslan dan Encik Steven Sim Chee Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.



Sementara itu, Datuk Anwar juga mahu sistem perolehan dilaksanakan dengan lebih profesional, tanpa campur tangan politik atau kepentingan peniaga.



Memberi contoh perolehan membabitkan Kementerian Pertahanan, katanya, beliau sudah berbincang dengan pihak terbabit untuk mereka menentukan kaedah pembelian senjata yang lebih profesional.



"Biar urusan berkenaan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat bertanggungjawab untuk mencari barangan (peralatan) terbaik dan berunding antara kerajaan tanpa campur tangan politik atau kepentingan-kepentingan peniaga.



"Berdasarkan pengalaman saya, isu mengenai banjir, senjata, kalau ini diserahkan kepada yang upaya, kita (dapat) kurangkan," katanya.




"Kalau ikut unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri pun, ia (ekonomi) terus menurun. Cabaran kita... masalah-masalahnya ialah hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trilion. Ini kenyataan kerana ada pertikai, kenyataan berubah-ubah. Kalau termasuk liabiliti, ia sudah RM1.5 trilion... Kita mengalami kebocoran yang tinggi. Belum dua bulan (saya) di Kementerian Kewangan sudah kenal pasti RM3 bilion hingga RM4 bilion yang boleh diselamatkan."



- PM Anwar Ibrahim 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >