Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar, Guan Eng, tiba di pejabat Mahathir sedang politik M'sia lalui aturan semula

Feb 24, 2020 | 12:06 PM



PUTRAJAYA: Satu percubaan oleh presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng untuk besemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di tengah-tengah kemungkinan penyusunan semula dalam landskap politik Malaysia tidak mencerahkan keadaan seperti yang dirancang pada pagi Isnin (24 Februari) selepas Perdana Menteri itu tidak muncul.


Ketiga-tiga mereka meninggalkan Putra Perdana setelah mengetahui bahawa Dr Mahathir tidak berada di pejabat dan dipercayai mereka menuju ke rumah Perdana Menteri itu di Mines, Kuala Lumpur.


Difahamkan bahawa Menteri Pertahanan dan presiden Amanah, Mohamad Sabu juga dalam perjalanan untuk menemui Dr Mahathir.


Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar dijadualkan menemui Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 2 petang.


Bagaimanapun, sebelum itu, mereka menyertai beberapa pemimpin dan penggubal undang-undang PKR di ibu pejabat parti itu bagi satu mesyuarat khas, yang dijangka bermula pada tengah hari.


Pemimpin tertinggi DAP, termasuk Encik Lim Kit Siang, juga berkumpul di ibu pejabat DAP bagi satu mesyuarat tergempar. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >