Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwat, hukuman penjara lima tahun kekal

Feb 10, 2015 | 03:23 PM



MAHKAMAH persekutuan Malaysia hari ini telah menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekekalkan hukuman penjara lima tahun berikutan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.


Keputusan itu diumumkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.


Dalam kenyataannya berikutan keputusan itu, Kerajaan Malaysia berkata:


"Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif.


"Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.


"Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi - pekerja dan pembantu peribadi Anwar - bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.


"Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman."


Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Anwar, 67 tahun, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.


Di mahkamah tadi, beliau dilihat memeluk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anggota keluarga yang lain sebaik sahaja keputusan diumumkan.


Sementara itu, Encik Mohd Saiful, 30 tahun, menerima baik keputusan mahkamah itu daripada peguamnya, Encik Zambri Idrus, melalui perbualan telefon.


Mahkamah Rayuan mendapati Datuk Seri Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Encik Mohd Saiful di Unit 11-5-1- Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Beliau akan menjalani hukumannya di Penjara Sungei Buloh. - BHM, Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >