Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15

Anwar Ibrahim gesa anak muda keluar mengundi, carta hala tuju negara

Menggulung kempen di Tambun, Perak, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekan peri penting suara anak muda orak perubahan
Nov 18, 2022 | 11:47 PM



Dengan laungan “Reformasi” yang disambut gema suara sekitar 10,000 penduduk - kebanyakannya anak-anak muda -  Datuk Seri Anwar Ibrahim menggulung kempen beliau di Tambun, Ipoh pada 18 November, di sebuah konsert terbuka yang dianjurkan Pakatan Harapan. 



Kebanyakan remaja yang dibasahi hujan yang turun tanpa henti di tanah lapang di Jalan Tambun itu mungkin ke sana untuk menyaksikan idola seperti Amy Search, Ruffedge dan Bunkface membuat persembahan, tetapi sorakan paling lantang disimpan untuk ‘bintang’ utama pada malam itu.



Walaupun Datuk Anwar tiba di acara itu sekitar 9.45 malam, lewat 45 minit dari masa yang dijadualkan,  ketibaannya tetap disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh



Dan Datuk Anwar menggunakan peluang tersebut untuk menggesa belia yang hadir supaya bangkit dan bersikap proaktif mengubah masa depan mereka.



“Malam ini, (saya ingin) mematahkan andaian yang tersebar selama ini bahawa anak muda kurang beminat dengan politik. Bila saya  baru-baru masuk Universiti Malaya dulu, memang tak ramai yang minat. Tetapi sebaik ada pencerahan, sebaiknya disentuh hati nurani mereka, sebaik terjebak dengan masalah kemiskinan rakyat, rasuah, anak muda bangkit lebih daripada yang lain,’ kata Dr Anwar. 



“Dan ini realiti sebab itu anak  muda harus diberikan pendedahan, harus merdeka jiwa raga mereka, jangan diperkotak-katikkan oleh pemimpin2 rasuah dan penipu.”



Menambah, Dr Anwar menggesa anak muda yang layak untuk keluar mengundi pada 19 November, selain mengajak ahli keluarga mereka untuk turut mengundi.



Undi anak muda menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 kerana ini adalah kali pertama rakyat berusia 18-20 tahun dibenar mengundi.



Datuk Anwar menyertai pertandingan empat penjuru di Tambun sebagai calon Perdana Menteri PH.



Turut bertanding di sana ialah penyandang jawatan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dari Barisan Nasional dan Encik Abdul Rahim Tahir dari Pejuang.



“(Sebelum ini) Saya teragak-agak, kali ini saya ambil risiko yang  besar. Saya hendak jadikan Perak ini sebagai kubu Harapan yang baru. Tapi setelah beberapa minggu di sini… malam ini saya yakin Tambun dan Perak akan beri sokongan kepada Harapan,” kata Dr Anwar.



Tempoh berkempen bagi PRU15 berakhir 11.59 malam pada 18 November. 



Lebih 21 juta rakyat Malaysia boleh mengundi pada Hari Mengundi (19 November). Ini termasuk sekitar 7 peratus pengundi baru. Dalam kalangan pengundi baru, sekitar 16 peratus berusia 18-20 tahun.



Tempoh mengundi telah dilanjutkan sejam pada kali ini.



Rakyat di Semenanjung akan mengundi antara 8 pagi hingga 6 petang, sementara rakyat di Sabah dan Sarawak boleh mengundi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >