SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anwar Ibrahim masuk hospital

Anwar Ibrahim masuk hospital

Jun 24, 2018 | 9:16 AM

Anwar Ibrahim masuk hospital

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kesakitan berterusan di bahu kanannya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kesakitan berterusan di bahu kanannya. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam semalam (23 Jun) selepas mengadu sakit bahu serta belakang apabila pulang dari Turkey.

Pengarah komunikasi PKR, Encik Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan berkata Datuk Anwar dibawa ke wad kecemasan pusat perubatan itu oleh ambulans dari rumahnya di Bukit Segambut.

"Bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau stabil," katanya.

Datuk Anwar mengalami kesakitan berterusan di bahu kanannya, yang bertambah buruk selepas satu kemalangan kereta pada September 2017. - BH Online

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg