Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar Ibrahim: Terima kasih, saya tidak tawar diri serta Kabinet

Aug 31, 2019 | 01:34 PM



KUALA LUMPUR: Bakal perdana menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata pada Jumaat (30 Ogos) bahawa beliau tidak pernah menawarkan dirinya sebagai anggota Kabinet dan hanya akan mengambil kepimpinan pada masa yang sesuai. 



Katanya, tiada sebarang isu sama ada beliau ingin menjadi anggota Kabinet, kerana beliau terikat dengan perjanjian yang ditandatangani dalam pakatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tentang rancangan peralihan kepimpinan.



“Terima kasih, saya tidak pernah menawarkan diri saya sebagai anggota Kabinet. Saya terikat dengan keputusan PH di mana saya perlu memberi ruang sepenuhnya kepada Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk memimpin Kabinted dan adalah difahami, saya akan mengambil alih (kepimpinan) pada masa yang sesuai,” kata Datuk Seri Anwar, bercakap kepada media Malaysia.



“Saya tidak pernah mengusulkan atau merancang untuk menyertai Kabinet kerana persetujuan yang ditandatangani dalam PH adalah (Tun) Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalannya, sehingga giliran saya menjadi Perdana Menteri,” 



Datuk Seri Anwar berkata demikian apabila diminta mengulas tentan hujah Dr Mahathir baru-baru ini, berkenaan tiada ‘tempat kosong’ dalam Kabinet.



Akhbar The Straits Times, minggu lalu, melaporkan bahawa Dr Mahathir akan menyusun semula Kabinetnya tidak lama lagi, mengakhiri spekulasi sejak beberapa bulan lalu, yang berlaku sedang rating awam PH merosot.



Difahami, walau Dr Mahathir akur kelakonan sebahagian daripada 27 menteri kabinet dibawah jangkaan, beliau tidak akan menggantikan menteri, tetapi  menyemak tugasan mereka.



Bercakap kepada wartawan pada Khamis, Dr Mahathir berkata beliau tiada rancangan untuk melantik menteri baru dalam Kabinet yang ada.



“Buat masa ini, tiada menteri yang ingin meletak jawatan. Jika ada yang meletak jawatan, dan ada ruang kosong, kami akan mengisinya,” kata Dr Mahathir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >