Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar jamin kerajaan tidak akan laksana dasar perkauman

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Dasar kerajaan Malaysia yang meminggirkan kaum minoriti tidak harus dilaksana di bawah pentadbiran sekarang, ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau berkata kepimpinan sekarang negara itu akan terus melindungi rakyat daripada fahaman perkauman, dan akan menghentikan sebarang percubaan untuk menggunakan identiti politik bagi memecahbelahkan rakyat.



"Saya memberi jaminan - baik masyarakat Cina, India mahupun mereka yang di Sabah dan Sarawak - bahawa kerajaan perpaduan ini tidak akan membenarkan dasar-dasar seperti itu diamalkan," kata beliau dalam satu perhimpunan bagi melancarkan konsep Malaysia Madani.



Malaysia Madani adalah satu rangka kerja yang diperkenal Datuk Anwar yang menggariskan visinya bagi sebuah masyarakat Malaysia bertamadun, berkemahiran dan inklusif.



Datuk Anwar berkata satu daripada inisiatif awal kerajaannya ialah menghuraikan perkara dan isu yang menjejas rakyat Sabah dan Sarawak.



Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, akan mengetuai satu pasukan untuk meneliti perkara itu. Beberapa isu menyinggung perasaan rakyat di dua negeri itu, dengan ada daripadanya wajar sementara yang lain melibatkan sentimen, ujar Datuk Anwar.



"Menjadi tanggungjawab kita melaksana apa yang dipersetujui di bawah perjanjian MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), dan saya akan membuat pengumuman lanjut selepas mengadakan mesyuarat di Kuching esok," katanya.



Mengenai isu lain, beliau berkata sudah tiba masanya berhenti membuat ukuran kejayaan berdasarkan hanya pada pertumbuhan ekonomi, pelaburan, dan perangkaan lain tanpa melihat kesannya ke atas rakyat.



Beliau menarik perhatian mengenai laporan kadar pengangguran yang menunjukkan hanya sedikit penurunan dan masih menjejas sebilangan besar wanita dan belia.



Datuk Anwar berkata walaupun kadar inflasi Malaysia yang sebanyak 4 peratus boleh dianggap sebagai rendah, inflasi bagi bahan makanan berada pada kadar 7 peratus.



Beliau menambah bahawa bilangan mereka yang benar-benar hidup dalam kemiskinan - sekitar 136,000 keluarga hingga Julai tahun lalu - masih menjadi keprihatinan.



"Tanpa keadilan sosial dan ekonomi berperikemanusiaan, akan terjadi ketidakadilan," kata Datuk Anwar.



Beliau juga menggariskan beberapa keutamaan pentadbirannya, termasuk menyediakan indeks kemiskinan berbilang dimensi berdasarkan beberapa keperluan asas, seperti pendidikan, makanan berzat, dan keupayaan mendapat bekalan air bersih.



Penyusunan semula ekonomi juga keutamaan beliau, yang berkata ia harus dilakukan berdasarkan langkah-langkah mencegah pembaziran dan perbelanjaan berlebihan, menghapuskan pembocoran dan rasuah dan memastikan pengagihan kekayaan dibuat secara sama rata.



Mengenai isu jangka panjang dalam memerangi rasuah, beliau berkata: "Langkah-langkah berkesan memerangi rasuah mesti mencakup pendekatan komprehensif dari segi undang-undang dan mewujudkan kesedaran masyarakat.



"Harus ada kesungguhan politik untuk memerangi ini (rasuah)," kata Datuk Anwar. - The Star.




"Saya memberi jaminan - baik masyarakat Cina, India mahupun mereka yang di Sabah dan Sarawak - bahawa kerajaan perpaduan ini tidak akan membenarkan dasar-dasar seperti itu diamalkan."
- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.




MALAYSIA MADANI 



Sebuah rangka kerja yang diperkenal Datuk Anwar yang menggariskan visi beliau bagi sebuah masyarakat Malaysia yang bertamadun, berkemahiran dan inklusif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >