Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar, Najib kes berbeza: Dr Mahathir

May 28, 2018 | 02:52 PM



KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak berbeza sama sekali.

Tun Dr Mahathir menjelaskan, salah laku Datuk  Najib telah didokumentasikan oleh media dan semua orang telah bercakap mengenainya sejak sekian lama, kata beliau dalam temu ramah  dengan The Edge Weekly.

Bagaimanapun, dalam kes Datuk Seri Anwar, Dr Mahathir berkata, beliau menerima maklumat daripada polis maka itu kedua-dua keadaan itu berbeza sekali.

"Dalam kes Anwar, saya diberitahu oleh pihak polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu dari sumber awam.

"Media dan semua orang mengatakan beliau merosakkan banyak perkara. Jadi, dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza dengan kes Anwar," katanya.

Datuk Seri Anwar adalah timbalan Tun Dr Mahathir pada 1990-an sebelum beliau dipecat dari Kabinet dan dipenjarakan atas dakwaan meliwat.

Susulan itu, kedua-dua pemimpin itu bermusuhan selama bertahun-tahun sehingga pada 2016, Dr Mahathir meninggalkan Umno dan menyertai pakatan pembangkang yang kini telah menawan Putrajaya.

Datuk Najib pula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan disahkan oleh Dr Mahathir.

Bagaimanapun, bermula 2015, keretakan mula berlaku di mana Datuk Najib dikritik dari segenap sudut sama ada dari dalam atau luar negara, termasuk bekas mentornya sendiri, Tun Dr Mahathir.

Ditanya sama ada sukar bagi beliau mengambil tindakan terhadap Datuk Najib, memandangkan hubungannya dengan bekas-bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri kedua negara, Dr Mahathir mengakui beliau telah melantik Datuk Najib kerana dia merasa terhutang budi kepada Allahyarham Tun Razak.

"Tanpa Tun Razak, saya tidak akan menjadi perdana menteri (kali pertama pada 1981). Tun Razak sebenarnya memberitahu Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn bahawa ketika dalam kesulitan, hubungi saya (Dr Mahathir).

"Jadi, apabila beliau diarah untuk memilih tiga Naib Presiden Umno, beliau  memilih saya ketika itu.

"Begitulah bagaimana saya menjadi Perdana Menteri, jadi saya berhutang kepada Tun Razak. Saya fikir Najib akan menjadi seperti bapanya, tetapi saya salah," katanya. – Sinar Harian 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >