Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnwar: Pakatan baru pembangkang akan dibentuk

Jul 23, 2015 | 5:30 AM
Anwar: Pakatan baru pembangkang akan dibentuk
KUALA LUMPUR: Sebuah pakatan baru pembangkang merangkumi kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Anwar Ibrahim sambil menggesa rakyat Malaysia menyertai pakatan itu bagi menyelamatkan negara.
Dalam perutusan yang dikeluarkan melalui peguamnya, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan serta kejatuhan nilai ringgit.