Anwar: Pembangkang kini perlu lebih gigih hadapi pilihan raya
Premium
Anwar: Pembangkang kini perlu lebih gigih hadapi pilihan raya
Aug 22, 2021 | 5:30 AM
TERIMA TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG: Ketua Pembangkang, juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mewakili parti-parti pembangkang termasuk gagasan Pakatan Harapan, menerima keputusan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9. - Foto REUTERS -
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, pembangkang kini perlu bekerja lebih keras untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau dalam pada itu menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

