Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar prihatin sentimen kaum ditimbulkan

Nov 23, 2022 | 5:30 AM
DATUK ANWAR IBRAHIM
DATUK ANWAR IBRAHIM - AFP

KETUA Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau prihatin kerana sentimen dan retorik perkauman ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan berkepentingan dan terdesak.

"Usaha dan kerja untuk membentuk kerajaan bertanggungjawab yang stabil tidak harus diganggu kerana orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum natif di Sabah dan Sarawak adalah bersaudara.

"Mereka adalah rakyat Malaysia yang mencintai keamanan," kata Datuk Anwar dalam satu kenyataan yang diterbitkan awal semalam.

Datuk Anwar berkata beliau menyokong kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, yang memberi amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyalah guna platform media sosial untuk menyebar kandungan yang menimbulkan provokasi dan boleh menyebabkan gangguan awam.

Antara pos berbaur perkauman yang timbul di media sosial merujuk kepada rusuhan kaum di Malaysia pada Mei 1969.

Sebahagian besar pos sedemikian ditujukan kepada PH dan penyokongnya.

Sehingga petang semalam, parlimen di Malaysia tergantung selepas semua gabungan parti gagal mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi pada Hari Mengundi untuk menubuhkan kerajaan.

PH memenangi paling banyak kerusi diikuti oleh Perikatan Nasional (PN), tetapi kedua-dua gabungan tidak mendapat kerusi majoriti dan bersaing untuk mendapat sokongan Ahli Parlimen lain bagi menubuhkan kerajaan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg