Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS POLITIK DI SABAH

Anwar restu Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah

Gesa semua pihak 'beri ruang untuk ketua menteri berbincang dan cari satu formula yang baik untuk kebaikan Sabah'
Jan 11, 2023 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau merestui Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, sebagai Ketua Menteri.



"Ya, saya merestui beliau. Beliau adalah ketua menteri," katanya.



Datuk Anwar berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau merestui pentadbiran Datuk Hajiji, selepas mengadakan pertemuan di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya, Kota Kinabalu, lewat malam kelmarin bagi merungkai kemelut politik yang sedang melanda negeri itu.



Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Hajiji; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong beliau, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata beliau berterima kasih kepada Datuk Hajiji dan semua pihak berkaitan kerana mendengar pandangan dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di Sabah.



"Kita mahu Kerajaan Sabah yang kuat di bawah kepimpinan Hajiji.



"Kemudian kita beri ruang untuk ketua menteri berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan Sabah," katanya, lapor Malaysiakini.



"Satu rang undang-undang (RUU) penting untuk mengembalikan hak Sabah akan dijalankan melalui pembentangan Menteri Kabinet (persidangan Dewan Undangan Negeri).



"Ini satu perubahan yang besar. Bagi saya, ini adalah keutamaan... beri peluang kepada Ketua Menteri untuk bincang dan mencari satu formula terbaik untuk kebaikan Sabah," katanya lagi.



Terdahulu selepas mengadakan pertemuan tertutup lain di Magellan Sutera, Datuk Anwar menjelaskan bahawa keputusan berhubung kemelut politik di negeri ini berada dalam tangan pemimpin Sabah sendiri.



Beliau berkata dirinya hanya mampu memberi nasihat dalam usaha mengatasi isu berkenaan, namun menyifatkan keadaan kini sudah semakin baik.



Katanya, beliau dan Datuk Ahmad Zahid mencari formula yang baik untuk jalan penyelesaiannya.



Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata pihaknya menyokong penuh cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan semua parti politik negeri ini.



Beliau yakin Kerajaan Perpaduan itu mampu meredakan kembali suhu politik dan seterusnya menstabilkan semula politik Sabah ketika ini.



"Saya juga berharap agar Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima saranan Perdana Menteri dengan hati terbuka demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, turut menyokong cadangan Datuk Anwar berhubung pembentukan kerajaan perpaduan untuk mentadbir Sabah.



"Selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri saya dan semua Adun Warisan menyokong saranan beliau bagi pembentukan sebuah kerajaan perpaduan untuk mentadbir negeri Sabah," katanya.



Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Datuk Hajiji hilang sokongan majoriti kerusi Adun selepas BN Sabah menarik balik sokongan kepadanya sebagai ketua menteri negeri itu.




"Kita mahu Kerajaan Sabah yang kuat di bawah kepimpinan Hajiji. Kemudian kita beri ruang untuk ketua menteri berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan Sabah."



- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >