Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar sahkan anggota Pakatan Harapan pilih beliau sebagai PM Malaysia seterusnya

Feb 26, 2020 | 08:41 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim pada Rabu (26 Februari) mengesahkan bahawa semua Anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mencalonkannya sebagai perdana menteri seterusnya.



Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar enggan menyatakan sama ada beliau mendapat sokongan yang mencukupi daripada majoriti penggubal undang-undang dalam Parlimen.



Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan tidak wajar membincangkan isu itu sekarang.


Kenyataannya mengesahkan laporan The Straits Times bahawa 92 Ahli Parlimen dari PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara diarahkan oleh ketua parti masing-masing untuk menyokong Datuk Anwar ketika ditemu bual oleh Yang di-Pertuan Agong pada awal Rabu.


Difahamkan bahawa langkah PH itu, meski DAP dan Amanah menyatakan sokongan pada Isnin untuk Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri, adalah strategi bagi menghidupkan semula kerajaan PH dan bukannya menuruti rancangan untuk kerajaan perpaduan dengan anggota parti pembangkang.


Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin, berikutan kejatuhan kerajaan PH selepas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan beberapa pemberontak PKR bergabung dengan pembangkang.


Beliau bagaimanapun dilantik semula sebagai perdana menteri sementara oleh Yang di-Pertuan Agong, sehingga kebuntuan politik itu dapat diselesaikan.





Dr Mahathir telah mengesahkan dalam satu kenyataan di televisyen pada petang Rabu bahawa beliau mahu membentuk kerajaan perpaduan terdiri daripada individu yang akan mengetepikan ideologi dan politik parti.





Datuk Anwar berkata, majlis presiden PH telah menjemput Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat Selasa, tetapi pemimpin itu "tidak bersetuju" untuk menghadiri mesyuarat itu.


"Oleh itu, majlis presiden semalam memutuskan untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri PH," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >