Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar saman Menteri Besar Kedah berhubung ucapan fitnah

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah Jelajah PN Best Tambun.



Datuk Anwar, 75 tahun, yang juga plaintif, memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah, dengan menamakan Menteri Besar Kedah, Datuk Sanusi, 48 tahun, sebagai defendan tunggal.



Berdasarkan pernyataan tuntutan, Datuk Anwar mendakwa bahawa pada 13 November lalu, Datuk Sanusi, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah itu sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.



Datuk Anwar mendakwa bahawa ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama 'Faizal Azumu' yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa bahawa pada 14 November lalu, kenyataan fitnah daripada video itu telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bertajuk Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena 'pikiaq'.



Plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu adalah tidak benar, keji serta berniat jahat dengan tujuan menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.



Dakwanya, akibat daripada kenyataan fitnah itu menyebabkannya dihina, mendapat cemuhan daripada masyarakat selain memudaratkan imej dan reputasi baiknya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pengerusi PH, Ahli Parlimen Tambun, Perdana Menteri ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia.



Datuk Sanusi berkata beliau sedia berdepan saman Datuk Anwar di mahkamah berhubung kenyataannya itu.



Dalam kenyataan ringkasnya malam kelmarin, Pengerusi PN Kedah itu menyatakan ucapannya ketika kempen PRU itu adalah berkaitan sejarah Datuk Anwar sebelum ini yang turut terbabit dalam isu moral.



"Jumpa di mahkamahlah… kita kisahkan tentang sejarah," katanya mengulas saman yang dikemukakan Datuk Anwar terhadapnya itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >