Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar saman Muhyiddin atas dakwaan terima $4.6j

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengemukakan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta ($4.58 juta) sebagai penasihat ekonomi Selangor.



Kenyataan fitnah itu didakwa Perdana Menteri, dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam satu ucapan ketika ceramah 'Grand Finale PN Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim pada 5 Disember lalu bagi menyokong calon PN, Datuk Azman Nasruddin.



Datuk Anwar yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, berkata ucapan dan bahagian petikan yang menyinggung perasaannya itu diterbitkan semula di aplikasi TikTok melalui akaun di bawah nama @beritakini8 yang mendapat tontonan melebihi 1,100,000 kali, 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', melebihi 1,360 butang 'favourite', dan 2,169 kali perkongsian.



Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, pada 8 Disember lalu, iaitu sehari selepas menghantar notis tuntutan melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners, Tan Sri Muhyiddin menyebabkan penyataan fitnah itu diterbitkan semula di akaun Facebooknya di bawah nama 'Muhyiddin Yassin' yang mendapat tontonan melebihi 42,000, 506 komen, melebihi 2,800 reaksi dan 48 perkongsian.



"Kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud saya seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dan menipu orang ramai dengan menyatakan saya menerima RM1 sebagai gaji.



"Kenyataan fitnah ini dirancang terlebih dulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi dan perwatakan saya secara serius selain memburukkan nama baik dan karakter saya yang juga penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.



"Muhyiddin keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik (kenyataan) yang sama, tetapi terus menerbitkan perkataan fitnah itu dengan sengaja dan tidak memadamkannya sehingga kini," katanya.



Sehubungan itu, Datuk Anwar menuntut daripada Tan Sri Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi pampasan dan ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah serupa.



Semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru lalu, PN menang 74 kerusi Parlimen, di belakang Pakatan Harapan dengan 82 kerusi.



Bagi penggal parlimen kali ini, Tan Sri Muhyiddin diberikan mandat sebagai Ketua Ahli Parlimen PN, sementara Tan Sri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai timbalannya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >