PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada halangan mengenai gesaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kerajaan menyiasat kerugian urus niaga tukaran mata wang asing (forex) melibatkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Datuk Anwar berkata, beliau menyambut baik gesaan yang dibuat oleh Datuk Najib sebelum ini.