Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar sekali lagi pertahan pelantikan Zahid jadi timbalannya

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi mempertahan keputusannya melantik Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalan perdana menteri meskipun berdepan puluhan tuduhan kes melibatkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.



Menyatakan demikian di sidang Parlimen pada Selasa, Datuk Anwar berkata pelantikan individu yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah ke dalam barisan Kabinet tidak akan menjejaskan agenda pembangunan Madani.



Datuk Seri Anwar menegaskan beliau tidak berhasrat mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan, sebaliknya Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara mesti menegakkan keadilan atas prinsip negara hukum.



Selaku Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid, katanya, melakukan semua kerja dan amalan yang mematuhi prinsip dan dasar kerajaan.



"Ada satu kes dibawa kepada beliau di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengusulkan beberapa tindakan segera tanpa tender. Beliau menulis patuh kepada arah PM dan Jemaah Menteri serta semua mesti mengikut proses tender. Ini pertama kali saya sebut (kepada umum).



"Saya beri jaminan kepada YB (Yang Berhormat Ahli Parlimen), saya tidak ada hasrat ganggu proses ini cuma persepsi mungkin tepat disebut oleh YB Pasir Mas (Encik Ahmad Fadhli Shaari)," katanya yang dilaporkan AstroAwani pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.



Beliau menjawab soalan tambahan Encik Ahmad yang bertanyakan apakah tindakan melantik anggota pentadbiran di peringkat tertinggi daripada kalangan yang didakwa kes pecah amanah menjejaskan agenda Madani yang diuar-uarkan.



Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar menjelaskan tindakan tidak boleh diambil berdasarkan pendakwaan sebelum penghakiman mahkamah dibuat terhadap sesuatu pertuduhan.



Begitu pun, Menteri Kewangan itu menegaskan jika ada yang melakukan penyelewengan, tindakan akan diambil tanpa mengira parti termasuk daripada PKR sendiri.



"Saya hanya boleh beri jaminan ia tidak ganggu prinsip dan dasar termasuk Madani yang saya terapkan.



"Kalau saya nampak keras dengan rasuah atau penyelewengan yang ada bukti, ini saya tidak mahu minta maaf walaupun saya dikutuk sebahagian kononnya cari salah.



"Saya kata ambil tindakan saya tidak peduli daripada parti mana termasuk PKR (Parti Keadilan Rakyat). Saya tidak boleh menjamin parti saya 100 peratus bersih," kata Perdana Menteri lagi.



Jelas Datuk Anwar lagi, Madani bukan sekadar slogan kosong tetapi beliau mahu mengajak rakyat memahami bahawa negara tidak selamat tanpa nilai, akhlak dan tatasusila.



Dalam pada itu, Datuk Anwar turut mempertahan tindakannya mendedahkan isu rasuah dalam negara ketika kunjungannya ke luar negara.



Perdana Menteri berkata, beliau hanya memberitahu kebenaran bahawa Malaysia sedang bergelut dengan isu berkenaan dan berusaha membetulkan keadaan.



"Saya sebut sistemik, ada orang kata saya mengecam negara di luar negara, ini kenyataan sama ada kita sebut di Jakarta atau Bangkok, saya akan sebut.



"Mengapa saya nak beritahu Jakarta, Malaysia ini negara 100 peratus bersih? Nampak sangat saya menipu. Saya beritahu apa yang sebenarnya dan kita sedang bergelut melakukan islah kerana ada masalah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >