Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar serah dokumen sokongan majoriti Parlimen tapi tidak beri senarai nama AP

Oct 13, 2020 | 5:27 PM
Yang di-Pertuan Agong dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Selasa (13 Okt).
Yang di-Pertuan Agong dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar di Istana Negara di Kuala Lumpur pada Selasa (13 Okt). - EPA-EFE

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa (13 Okt) berkata beliau telah menyerahkan dokumen bagi membuktikan dakwaan sokongan majoriti di Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Abdullah Ri'ayatuddin kini dijangka membuat keputusan dalam beberapa hari akan datang berdasarkan bukti yang diserahkan kepadanya itu.

Datuk Anwar, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen (AP) bagi Port Dickson, berkata beliau mempunyai sokongan lebih 120 penggubal dasar dalam Parlimen 222 ahli itu.

Oleh itu, adalah "sesuai" bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, memandangkan beliau telah hilang majoriti dalam Dewan Rakyat Malaysia, menurut laporan The Straits Times.

Namun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana beberapa minit selepas sidang media Datuk Anwar berkata dalam pertemuan 25 minit dengan Agong, Datuk Anwar memberi jumlah AP yang dikatakan menyokongnya.

Tetapi Datuk Anwar tidak memberi nama penggubal dasar itu untuk mengukuhkan dakwaannya, kata kenyataan itu.

Sultan Abdullah telah menasihatkan Datuk Anwar agar mematuhi dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdullah akan memanggil ketua-ketua parti untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Datuk Anwar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg