Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar sifatkan kritikan Rafizi bak panadol penghilang pening

Jul 19, 2022 | 5:30 AM
'TIDAK KECIL HATI': Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ramai orang cuba melagakan beliau dengan timbalannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, kerana mahu melihat parti itu penuh kepincangan dalaman. Sebaliknya, Encik Rafizi bawa panadol yang menghilangkan rasa pening beliau, kata Datuk Anwar, yang juga berkata beliau "tidak berkecil hati" terhadap Encik Rafizi. - Foto-foto fail
'TIDAK KECIL HATI': Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ramai orang cuba melagakan beliau dengan timbalannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, kerana mahu melihat parti itu penuh kepincangan dalaman. Sebaliknya, Encik Rafizi bawa panadol yang menghilangkan rasa pening beliau, kata Datuk Anwar, yang juga berkata beliau "tidak berkecil hati" terhadap Encik Rafizi. - Foto-foto fail -

SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menganggap sanggahan serta kritikan oleh timbalannya, Encik Rafizi Ramli, terhadap isu kepimpinannya terlerai apabila mereka bersetuju untuk bersama memperkukuh parti dan membawa agenda perubahan untuk rakyat.

Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR 2022 kelmarin, Anggota Parlimen (AP) Port Dickson itu, yang juga Ketua Pembangkang, berkata ramai orang cuba melagakan mereka kerana mahu melihat PKR penuh kepincangan dalaman.

"Sudah tentunya seperti disebut, ia mengecewakan banyak pihak. Pihak lawan membuat andaian yang berbeza, tetapi ini dia denyut nadi sebenar dalam PKR.

"Kadang-kadang pening saya. Saya bisik Rafizi tadi awal-awal, aku ini lama sudah (kenal) dengan kamu ini. Janganlah tambah pening aku. Rupanya dia datang bagi ucapan, dia bagi panadol, hilang pening saya," seloroh Datuk Anwar.

Hubungan Datuk Anwar dan Encik Rafizi sebelum ini dikatakan "dingin" selepas bekas AP Pandan itu mengeluarkan kenyataan mengkritik Datuk Anwar, malah menyifatkan populariti Ketua Pembangkang itu sudah merosot.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar turut mengingatkan anggota dan penyokong PKR agar waspada mengenai kritikan keterlaluan hingga mengheret parti ke kancah perpecahan, dan sebaliknya fokus pada usaha memperkuat parti itu.

"Sebab itu bila orang yang kuat kerja dan cerdik ini, bila bagi pandangan dan singgungan, memeningkan sikit.

"Tetapi saya sebut, Rafizi... saya tidak berkecil hati. Masalahnya, kadang-kadang penyokong bebal ini, sebab mereka tidak faham.

"Kita dalam perjuangan ini semangat ukhuwah, persaudaraan itu tebal. Betul kadang-kadang ada perbezaan pendapat yang agak sengit tapi ini bukan khianat (kepada parti)," ujar Datuk Anwar.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata ada perbezaan antara pemimpin yang khianat dengan mereka yang mengkritik untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dalam parti.

"Ada beza, orang yang berpendapat dan berpendirian agak keras dalam beberapa isu, agak menyanggah pendapat kita, tapi bukan khianat. Bukan kaki fitnah, bukan perompak dan perasuah.

"Yang kita diajak perang ini orang rasuah dan khianat, tumpu ke arah itu.

"Saya beri jaminan akan tetap pertahankan barisan pimpinan yang sanggup bekerja dalam satu jemaah dan pasukan," kata beliau. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg