Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP buat laporan polis kes pembunuhan Altantuya, mahu kes dibuka semula

May 26, 2018 | 2:48 PM
Model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dibunuh pada 2006
Model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dibunuh pada 2006 - FOTO: FAIL ST

KUALA LUMPUR: Polis mesti meneliti motif di belakang pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu, kata seorang Anggota Parlimen (AP) Kuala Lumpur.

AP Kepong Lim Lip Eng, yang membuat laporan polis supaya membuka semula kes itu, berkata kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan gagal menemui motif di sebalik perbuatan itu, mahupun identiti orang yang mengarahkan pembunuhan itu.

Pada 2009, dua bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, didapati bersalah membunuh Altantuya dan dihukum mati tetapi Mahkamah Rayuan membatalkannya pada 2013.

"Sirul kata dia bersedia mendedahkan apa yang berlaku dan kenyataannya harus direkodkan.

"Orang yang bertanggungjawab atas pembunuhan Altantuya perlu dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu," kata Encik Lim pada Sabtu (26 Mei).

Beliau membuat laporan di balai polis Jinjang pada pagi Sabtu.

Ini berlaku selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Bukit Aman tidak membuka semula kes itu kerana tidak ada alasan berbuat demikian kerana tiada laporan polis baru dibuat.

"Altantuya, 28 tahun, dipercayai ditembak mati sebelum tubuhnya diletupkan dengan bahan letupan di hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam pada 2006.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa bersama dua anggota polis itu, dibebaskan pada 31 Oktober 2008, selepas mahkamah mendapati tiada bukti konkrit terhadapnya.

Sirul kemudian melarikan diri ke Australia.

Baru-baru ini, apabila Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Sirul dibawa balik ke Malaysia untuk perbicaraan baru.

Sirul berkata beliau sanggup mendedahkan apa yang berlaku dalam kes itu jika dia diberi pengampunan penuh untuk kembali ke Malaysia. -- The Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg