Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP Malaysia luluskan pindaan turunkan had umur undi kepada 18 tahun

Jul 17, 2019 | 08:51 AM



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen (AP) Malaysia meluluskan pindaan untuk menurunkan had usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun semalam (16 Julai).



Pindaan itu diluluskan oleh kesemua 211 penggubal undang-undang di Dewan Rakyat, menjadikannya rang undang-undang pertama di Parlimen yang mendapat sokongan semua pihak sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kuasa untuk memerintah negara itu pada Mei tahun lalu.



Pindaan itu turut menetapkan bahawa pengundi didaftar secara automatik dan menurunkan had usia calon yang layak bertanding dalam pilihan raya kepada 18 tahun.



Ini bermakna beberapa juta pengundi baru akan layak mengundi dalam pilihan raya akan datang setelah pindaan ini dilaksanakan, lapor akhbar The Straits Times.



Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata:



“Kerajaan menganggarkan... seramai 7.8 juta pengundi baru akan dimasukkan dalam daftar pengundi menjelang 2023.”



Seramai 14.9 didaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum Malaysia tahun lalu.



Ini bermakna sekitar 22.7 juta orang dijangka layak mengundi menjelang 2023, dan jumlah ini membentuk kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >