Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

AP Perikatan Nasional keluar dewan selepas Parlimen tolak bincang wang simpanan pekerja

Apr 04, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pembukaan sesi Dewan Rakyat (Parlimen) pada pagi Isnin kecoh selepas hampir semua Ahli Parlimen (AP) Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan.



Tindakan itu dibuat selepas Dewan Rakyat menolak usul yang dikemukakan Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.



Encik Wan Ahmad Fayshal berkata usul yang dihantar kepada Speakar Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, Jumaat lalu, ditolak atas alasan isu itu sudah dijelaskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan timbalannya, sebelum ini.



Timbalan Speaker, Cik Alice Lau Kiong, bagaimanapun berkata keputusan sudah dibuat Datuk Johari dan beliau tidak boleh mengetepikannya.



"Mengikut Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Speaker adalah muktamad. Jika tidak puas hati, sila buat usul lagi," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



Namun, keputusan itu menyebabkan sebahagian AP PN berdiri dengan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mempersoalkan keputusan itu kerana sudah tiada masa lagi untuk usul itu dibincangkan pada sesi kali ini.



Cik Lau tetap tegas dengan keputusannya, menyebabkan AP PN keluar dewan sebagai tanda bantahan.



Tindakan keluar dewan itu bagaimanapun hanya berlaku selama kira-kira 15 minit, selepas AP PN terbabit masuk kembali bagi mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023.



Ketika pembentangan rang tersebut dibacakan Timbalan Menteri Kewangan, Encik Steven Sim Chee Keong, AP PN tersebut tiba-tiba memasuki semula dewan.



"Selamat pulang kembali barisan pembangkang yang baru masuk ke dewan," kata Encik Steven.



Ia kemudian disambut sahutan daripada Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mendakwa apa yang dilakukan blok pembangkang adalah sandiwara cukup hebat.



Selepas selesai pembentangan, Encik RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian bangkit meluahkan ketidakpuasan hati dan mahu Cik Lau melakukan sesuatu.



Namun, Cik Lau menegaskan tindakan AP blok pembangkang keluar dewan adalah hak masing-masing.



"Itu hak mereka, sila duduk, cukup-cukup. Jangan bazir masa, itu hak mereka mahu keluar masuk, biar mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >