Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP tidak boleh dihalang masuk Parlimen: PKR

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Encik Fahmi Fadzil berkata, Ahli Parlimen (AP) tidak boleh dihalang memasuki Parlimen kerana penggal ketiga Parlimen belum diprorog atau ditutup sementara.



"Persidangan Parlimen ketiga belum diprorog, itu bermaksud usul itu masih berkuat kuasa jadi kami sangat tidak berpuas hati.



"Jika anda melihat usul, Anggota Parlimen tidak boleh dihalang memasuki Parlimen," kata Encik Fahmi kepada wartawan setempat selepas Ahli Parlimen pembangkang bersurai dan ditukil Malaysiakini semalam.



Menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran hak mereka sebagai Ahli Parlimen, Encik Fahmi berkata mereka akan menulis surat kepada speaker yang menurutnya mesti memperbetul perkara itu.



Pemimpin Parti Muda yang juga Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, dalam catatan di Facebook berkata:



"Kilang-kilang boleh buka. Kasino boleh buka. Mesyuarat politik sampai lewat malam boleh. Kumpul rumah PM (perdana menteri) boleh. Tapi, Nak pergi kerja kat Parlimen, TAK BOLEH??!! Ahli-Ahli Parlimen kan dah dapat vaksin. Ikutlah betul-betul DATA & SAINS!!"



Dalam pada itu, empat sampel kes positif Covid-19 yang diperoleh hasil saringan di Parlimen pada Khamis lalu kemungkinan besar adalah varian Delta.



Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui hasil ujian genotip (Allplex SARS-CoV-2 Variants II Assay) menggunakan platform Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dapat memberikan hasil tepat untuk varian membimbangkan (VOC) dalam tempoh empat jam, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



"Hasil daripada PCR Genotyping Assay, semua empat sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenal pasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa.



"Namun, berdasarkan VOC yang sedang menular dalam komuniti, ia berkemungkinan besar adalah varian Delta," katanya di Facebook beliau kelmarin.



Beliau berkata, ujian menggunakan genotip PCR itu dilakukan memandangkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga sedang menjalankan analisis jujukan genom penuh (WGS) ke atas empat sampel terbabit, namun ia mengambil tempoh sekitar lapan hingga 14 hari untuk disempurnakan.



"IMR sudah menerima empat sampel RT PCR kes positif Covid-19 hasil saringan dijalankan di Parlimen untuk analisis jujukan genom penuh.



"Sampel-sampel ini sudah diterima daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >