Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP Umno, isteri dituduh rasuah dan subahat libatkan $921,400

May 04, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan daripada Umno, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam bagi tiga tuduhan memperoleh rasuah RM2.8 juta ($921,400) berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra) empat tahun lalu.



Di Mahkamah Sesyen berasingan, isterinya, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad, 41 tahun, yang juga seorang artis, mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat bagi kesalahan sama.



Bagi tuduhan pertama, Bung Moktar didakwa sebagai ejen Felcra, iaitu selaku pengerusi bukan eksekutifnya, memperoleh suapan sebanyak RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Encik Madhi Abdul Hamid, melalui Zizie Ezette.



Suapan itu sebagai upah untuk mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II bagi Felcra membuat pelaburan RM150 juta dengan menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.



Bung Moktar, 60 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati pada 12.30 tengah hari, 12 Jun 2015.



Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memperoleh suapan berjumlah RM262,500 daripada Encik Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama isterinya sebagai upah mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan II bagi Felcra membuat pelaburan RM150 juta dengan menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.



Bagi tuduhan ketiga pula, Bung Moktar didakwa memperoleh suapan RM337,500 daripada seorang lagi ejen Public Mutual Berhad melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund atas nama isterinya.



Dia didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan atau RM10,000, bergantung mana lebih tinggi.



Mahkamah membenarkan suami isteri itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 setiap seorang dan mereka diarahkan menyerahkan pasport masing-masing.



Sebutan kes ditetapkan pada 10 Jun. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >