Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, EU kritik tindakan China penjara 'wartawan warga biasa' lapor penularan awal Covid-19

Dec 31, 2020 | 05:30 AM



BRUSSELS: Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) kelmarin mengkritik tindakan memenjarakan 'wartawan warga biasa', Cik Zhang Zhan, di China.



Cik Zhang, 37 tahun, yang juga seorang peguam, telah melaporkan penularan awal dan pandemik Covid-19 dari Wuhan sebagai 'wartawan warga biasa'.



Kewartawanan warga biasa merujuk kepada cabang kewartawanan yang didasari langkah orang awam mengumpulkan, melaporkan, menganalisis dan menyiarkan berita serta maklumat kepada orang ramai.



Beliau antara segelintir warga yang menyampaikan pemerhatian mereka tentang kesesakan yang dihadapi pihak hospital dan lorong di bandar yang sunyi akibat pandemik.



Dalam kes Cik Zhang, beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Warga Shanghai Pudong New Area Isnin lalu.



Beliau didakwa "mencari gaduh dan mencetuskan masalah", iaitu sejenis tuduhan yang membawa kepada hukuman maksimum penjara lima tahun.



Cik Zhang dikenakan hukuman penjara empat tahun.



Dalam satu kenyataan, Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo menyelar tindakan memenjarakan Cik Zhang sambil menggesa pembebasannya tanpa bersyarat secepat mungkin.



Encik Pompeo juga menuduh Parti Komunis China (CCP) mengehadkan dan memanipulasikan maklumat tentang penularan Covid-19 di Wuhan.



"Perbicaraannya yang dijalankan secara tergesa-gesa, bahkan pemerhati antarabangsa dilarang ikut serta, menunjukkan betapa takutnya CCP terhadap warga China yang berkata benar," ujar Encik Pompeo.



Tambahnya, Amerika akan sentiasa menyokong hak warga China meluahkan kenyataan secara bebas.



Hubungan Amerika dengan China kini berada di tahap paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.



Dua ekonomi besar dunia itu bertelagah tentang pelbagai isu seperti pandemik Covid-19, undang-undang keselamatan Beijing ke atas Hong Kong, perdagangan dan pengintipan.



EU, yang dianggotai 27 negara, turut meminta pembebasan Cik Zhang dan peguam hak asasi manusia Yu Wensheng.



Mereka juga meminta pembebasan buat pelindung hak asasi manusia lain yang kini dipenjara dan individu yang membuat laporan demi kemaslahatan umum.



Jurucakap EU berkata dalam satu kenyataan:



"Menurut sumber yang boleh dipercayai, Cik Zhang diseksa dan dianiaya semasa dalam tahanan. Kesihatannya juga bertambah teruk."



Dalam hal berasingan, EU menyeru China supaya "menjamin pelaksanaan prosedur dan undang-undang yang adil" bagi 10 aktivis Hong Kong.



Aktivis berkenaan kini dibicarakan di China setelah ditangkap di laut serta dituduh cuba melarikan diri ke Taiwan.



Kritikan EU itu timbul sebelum pemimpin mereka dan China dijangka memeterai perjanjian yang memberikan syarikat Eropah akses lebih baik ke pasaran China. - Reuters.




APA KATA AS DAN EU



"Perbicaraannya yang dijalankan secara tergesa-gesa, bahkan pemerhati antarabangsa dilarang ikut serta, menunjukkan betapa takutnya CCP terhadap warga China yang berkata benar.''
- Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo




"Menurut sumber yang boleh dipercayai, Cik Zhang diseksa dan dianiaya semasa dalam tahanan. Kesihatannya juga bertambah teruk."
- Jurucakap EU dalam satu kenyataan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >