Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Apa yang harus kita tahu tentang cacar monyet di SG?

May 28, 2022 | 5:30 AM
7d10cb3a-da5e-4c67-94ac-fe799f0d4a6d
-

CACAR monyet, sejenis penyakit berjangkit yang biasanya disebarkan kepada manusia melalui haiwan, semakin meningkat di seluruh dunia. Apakah ini bermakna cacar monyet akan muncul di Singapura?

The Straits Times bertanya kepada Profesor Dale Fisher, seorang perunding kanan penyakit berjangkit di Hospital Universiti Nasional (NUH), untuk mendapat jawapannya.

Soalan (S): Sejauh manakah cacar monyet mudah berjangkit? Apakah kita hanya menunggu masa sebelum Singapura akan melihat kes cacar monyet?

Jawapan (J): Cacar monyet tidak berjangkit dengan begitu mudah dan memerlukan hubungan rapat untuk merebak, kata Profesor Fisher.

Walaupun virus itu telah wujud selama beberapa dekad dan kini endemik di sembilan negara Afrika, kebanyakan negara lain biasanya hanya melihat kes yang dieksport dari negara Afrika itu.

"Tetapi apa yang kita lihat sekarang adalah sesuatu yang agak berlainan, apabila terdapat penularan di negara Afrika bukan tradisional," ujarnya.

Cacar monyet biasanya berjangkit apabila seseorang bersentuhan rapat dengan rembesan saluran pernafasan atau luka kulit orang yang dijangkiti, atau objek yang telah dicemari cecair itu.

"Jadi, saya tidak percaya ia tidak dapat dielakkan, bahawa kita akan melihat kes di Singapura. Terdapat keyakinan kuat bahawa kita boleh mencegah penularan di sini, dengan pengesanan awal semua kes," kata Profesor Fisher.

Jika orang yang dijangkiti dikenal pasti lebih awal dan diasingkan untuk mengelak penularan penyakit tersebut, dunia boleh kembali kepada keadaan di mana kes cacar monyet yang dilihat di negara bukan Afrika adalah kes yang diimport dari negara di mana virus itu adalah endemik, tambahnya.

S: Bolehkah wabak semasa disebabkan strain baru?

J: Virus cacar monyet agak stabil, bermakna agak tidak mungkin mutasi virus baru adalah punca di sebalik wabak terkini. Sebaliknya, kemungkinan besar perubahan dalam kelakuan manusia yang bertanggungjawab dalam penularan semasa.

Beliau berkata sekatan Covid-19 telah ditarik balik di banyak negara, membolehkan perhimpunan lebih besar diadakan. Oleh itu, seseorang yang mempunyai penyakit berjangkit yang menghadiri acara itu boleh mengakibatkan "penularan besar".

S: Adakah vaksinasi diperlukan untuk memastikan cacar monyet terkawal?

J: Walaupun vaksin cacar agak berkesan terhadap cacar monyet, tidak ada perbincangan mengenai vaksinasi yang meluas, katanya.

Bagi sebahagian besar strategi untuk menghentikan virus adalah yang sudah biasa dilakukan.

"Pengesanan awal, diagnosis, pengasingan, pengesanan kenalan dan kuarantin kenalan itu - dengan cara ini, kita sepatutnya dapat menghentikan penularan," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg