Apabila hujan meteor Perseid dilihat dari seluruh dunia
Aug 19, 2024 | 5:30 AM
Arca kepala batu secara besar-besaran di tapak arkeologi Gunung Nemrut di Turki, pada 11 Ogos 2024, malam Pancuran Meteor Perseid. -
AFP
Hujan meteor Perseid yang dianggap sebagai hujan meteor yang paling mengagumkan sepanjang 2024 mencapai puncaknya pada 12 dan13 Ogos. Fenomena yang berlaku setiap tahun itu, bermula sekitar 17 Julai hingga 24 Ogos dan boleh disaksikan dengan mata kasar di lokasi yang gelap dan bebas daripada pencemaran cahaya. Lensa Seni mempamerkan bagaimana fenomena itu dilihat di seluruh dunia.
Aurora borealis boleh dilihat sementara meteor melintasi New Brighton Lighthouse di New Brighton, Britain, pada 13 Ogos 2024. - Foto EPA-EFE
Foto yang diambil dengan kelajuan pengatup yang panjang menunjukkan meteor semasa hujan Meteor Perseids berhampiran Salgotarjan, utara Hungary, pada dinihari 11 Ogos 2024. - Foto EPA-EFE
Meteor muncul di langit malam semasa hujan meteor tahunan perseid di Migra L-ferha, di luar bandar Rabat, Malta 12 Ogos 2024. - Foto REUTERS
Meteor Perseid menghujani bintang-bintang di langit malam semasa hujan meteor tahunan perseid di atas Santo Tome del Puerto, di Segovia, Sepanyol, 12 Ogos 2024. - Foto REUTERS
Ahli-ahli astronomi menyaksikan langit utara semasa hujan Meteor Perseid di Kozjak, Macedonia Utara 12 Ogos 2024 - Foto REUTERS
Laporan berkaitan
Artis Maori gabung corak tradisional, songket dalam karya seni
kinetikAug 6, 2024 | 12:54 PM
Demi mencari rezeki di Singapura...Aug 1, 2024 | 6:04 PM


