Apabila pengasas Angkas di Filipina diminta 'angkat kaki'
Ketua Angkas, seorang warga Singapura, mahu diisytihar sebagai 'orang tidak diingini' oleh seorang senator, namun tindakan tidak disokong beberapa pihak lain
CEPAT KE DESTINASI: Penunggang Angkas membantu pelanggan sampai ke destinasi di Manila dalam masa beberapa minit walaupun semasa trafik buruk. - Foto BH oleh RAUL DANCEL -
JADI TUMPUAN: Cik Angeline Tham, ketua Angkas, menjadi perhatian ramai setelah syarikat itu dan beliau sendiri mendapat kritikan seorang senator Filipina baru-baru ini. - Foto BH oleh CRISTINA MENINA -
MAHU DIDENGAR: Ribuan penunggang motosikal Angkas berhimpun pada 22 Disember lalu supaya pemerintah Filipina menimbangkan semula keputusan mahu Angkas mengurangkan penunggang motosikal yang berdaftar dengannya daripada 27,000 kepada hanya 10,000. - Foto AFP -

KETUA dan pengasas syarikat khidmat motosikal sewa di Filipina, Cik Angeline Tham, seorang warga Singapura, baru-baru ini menjadi topik perbualan hangat di negara itu.
Ini menyusuli desakan seorang senator negara itu, Encik Aquilino Pimentel III, agar ketua syarikat Angkas itu diisytihar sebagai "persona non grata" - atau 'orang tidak diingini' - di Filipina.