SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Apakah pilihan untuk Nato?

Apakah pilihan untuk Nato?

Nov 17, 2022 | 5:30 AM

Apakah pilihan untuk Nato?

2d6c03b8-b2f5-45a9-ba84-4fe3bca08c4c
-

KUASA NATO

Ditubuhkan pada 1949 untuk melindungi Eropah daripada serangan Soviet Union semasa Perang Dingin, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dibentuk sebagai mewakili perkongsian asas ketenteraan antara Amerika Utara dan Eropah berdasarkan nilai politik dan ekonomi yang dikongsi bersama.

Keahlian Nato telah meningkat daripada 12 kepada 30 negara.

APA ITU ARTIKEL 5?

Ia adalah ikrar pertahanan kolektif yang, menurut Nato, "mengikat anggotanya bersama-sama, memberi komitmen untuk melindungi satu sama lain dan mewujudkan semangat perpaduan dalam perikatan".

Ia menetapkan bahawa serangan terhadap seorang anggota Nato dianggap sebagai serangan terhadap semua. Ikrar itu meningkatkan kredibiliti strategi pencegahan perikatan dengan meningkatkan risiko bagi mana-mana penceroboh yang berpotensi.

BERAPA KERAP PERKARA 5 TELAH DIAKTIFKAN?

Hanya sekali, selepas 11 Sept 2001, serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon di Amerika Syarikat.

Perikatan itu menggunakan pesawat Sistem Amaran dan Kawalan Bawaan Udara untuk membantu meronda ruang angkasa Amerika Syarikat. Itu diikuti dengan pemantauan kapal di Laut Mediterranean, penyertaan dalam perang di Afghanistan dan latihan tentera Iraq.

APAKAH KAEDAH LAIN DIMILIKI AHLI NATO?

Terdapat juga Artikel 4, yang membenarkan proses perundingan jika mana-mana sekutu percaya "integriti wilayah, kebebasan politik atau keselamatan mana-mana pihak terancam".

Sejak bertahun-tahun, Artikel 4 telah digunakan tujuh kali, contohnya oleh Turkey, dan baru-baru ini oleh lapan negara Eropah apabila Russia melancarkan serangannya pada Februari lalu.

Perundingan boleh mengambil pelbagai bentuk, daripada pertukaran maklumat kepada perbincangan mengenai dasar bersama.

BAGAIMANAKAH PENCEROBOHAN ITU MENGUKUHKAN NATO?

Dua tahun lebih selepas Presiden Perancis Emmanuel Macron menzahirkan kebimbangan secara terbuka tentang "kematian otak Nato" - memetik apa yang kelihatan sebagai komitmen yang semakin berkurangan oleh AS, di bawah Presiden Donald Trump ketika itu - pakatan itu setuju membentuk satu barisan yang kebanyakannya bersatu menentang Russia.

Perikatan itu meningkatkan penempatan pasukannya di sayap timur, dan beberapa negara anggota membekalkan peralatan ketenteraan ke Ukraine.

Menamatkan sikap berdiam diri, Jerman memulakan peningkatan ketara tenteranya dan berikrar untuk memenuhi sasaran Nato untuk membelanjakan 2 peratus daripada keluaran ekonomi setahun untuk pertahanan.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, sambil melahirkan rasa terima kasih atas sokongan itu bagaimanapun berkata, negara-negara Barat tidak cukup bersatu di belakangnya bagi membantu mengalahkan Russia. Beliau memetik keengganan Nato mewujudkan zon larangan terbang di Ukraine, satu langkah yang boleh meletakkan negara anggota dalam konflik ketenteraan dengan Russia.

APAKAH KEBIMBANGAN RUSSIA TERHADAP NATO?

Encik Putin dan pentadbirannya melihat Nato berkembang ke dalam apa yang mereka anggap sebagai "sfera pengaruh Moscow", yang kian berkurangan selepas pembubaran Soviet Union pada 1991.

Estonia, Latvia dan Lithuania, tiga bekas republik Soviet, kini menjadi ahli Nato; Russia, melihat akan keselamatannya sendiri, menegaskan bahawa NATO tidak boleh membenarkan negara bekas Soviet lainnya menyertai pertubuhan itu.

ADAKAH NATO ANTI-RUSSIA?

Tidak dengan cara yang jelas.

Sejak kejatuhan Soviet Union, peranan Nato telah diperluaskan termasuk mengebom tentera Serb semasa perang Bosnia dan Kosovo pada 1990-an dan menguatkuasakan sekatan senjata ke atas Libya pada 2011.

Russia menimbulkan kemarahan Nato dengan melakukan pencerobohan awal ke Ukraine pada 2014 dan pencerobohan berskala penuh pada awal 2022.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg