RIYADH: Arab Saudi semalam mengakui wartawan Jamal Khashoggi dibunuh di konsulatnya di Istanbul, Turkey, kata media rasmi negara itu.

Ekoran kejadian itu, kerajaan Arab Saudi memecat dua pegawai kanannya dan menahan lagi 18 orang yang disyaki terbabit dalam kejadian yang mencalar hubungan antara Riyadh dengan Barat.