KAHIRAH: Persekutuan Arab Saudi hari ini menggesa semua pihak menghentikan pertempuran di Yemen - meminta semua kembali mematuhi ketetapan gencatan senjata sebelum Majlis Peralihan Selatan (STC) mengumumkan darurat di Aden, menurut satu kenyataan agensi berita kerajaan Arab Saudi.
Menurut persekutuan ini, sebarang langkah yang bercanggah dengan perjanjian Riyadh harus dibatalkan.
Semalam, STC yang disokong Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan pelaksanaan undang-undang darurat di Aden dan kesemua wilayah selatan Yemen.
Ia merupakan langkah yang disifatkan Menteri Ehwal Luar Yemen, Encik Mohammed Al-Hadhrami, sebagai "mengembalikan pemberontakan bersenjata STC dan penolakan serta pengunduran penuh daripada perjanjian Riyadh."
Menurut Projek Data Yemen, lebih 17,500 rakyat negara itu telah terbunuh atau cedera sejak 2015, dan suku dari keseluruhan mereka yang terbunuh semasa serangan udara adalah wanita dan kanak-kanak.
Lebih 20 juta orang di Yemen menghadapi masalah ketiadaan bekalan makanan.
Dianggarkan 10 juta hadapi risiko kebuluran.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg