Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa susulan varian virus baru

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



RIYADH: Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menggantung semua penerbangan penumpang antarabangsa selama seminggu sebagai langkah tegas dalam membendung penularan jenis baru kuman koronavirus.



Kemasukan ke negara itu melalui laluan darat serta laut juga ditangguhkan dan tempoh penggantungan itu dijangka dilanjutkan seminggu lagi.



Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap munculnya virus baru yang kuat di United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain.



Beberapa penerbangan akan dibenarkan dalam keadaan luar biasa, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).



Individu yang kembali ke negara itu dari negara-negara Eropah atau negara-negara berisiko tinggi selepas 8 Disember diwajibkan untuk dikuarantin selama dua minggu dari tarikh ketibaan mereka.



Mereka juga mesti menjalani ujian Covid-19 dalam tempoh pengasingan diri dan mengulang ujian setiap lima hari.



Sesiapa yang kembali dari atau melintasi negara Eropah atau negara berisiko tinggi dalam tiga bulan terakhir juga mesti menjalani ujian berkenaan.



Kemasukan barang, komoditi dan rantaian bekalan dari negara-negara di mana virus bermutasi belum muncul akan diteruskan seperti biasa.



Sekatan perjalanan ini akan dikaji selaras perkembangan berkaitan dengan koronavirus.



Minggu lalu vaksin pertama Covid-19 Pfizer/BioNTech selamat tiba di Arab Saudi yang akan diedarkan kepada 150,000 individu yang sudah mendaftarkan diri secara dalam talian untuk menerima suntikan tersebut.



Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, vaksin tersebut akan diedarkan selepas tiga hari dan pihak kerajaan akan memastikan lebih banyak pusat vaksinasi Covid-19 di semua kawasan di negara itu.



Operasi vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran bermula selepas diperintahkan Raja Salman - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >